Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.
Soalan
BENARKAH pengambilan makanan dan minuman sejuk akan melemahkan
anggota sulit? Apakah ia turut menjejaskan prestasi ketika melakukan
perhubungan bersama?
Eddie
Ampangan, Seremban.
Ampangan, Seremban.
DARI pandangan perubatan moden, tidak ada kaitan
antara pengambilan makanan atau minuman sejuk dengan ketegangan zakar
atau kemungkinan ia boleh mempengaruhi prestasi. Ini kerana proses
ketegangan zakar berlaku akibat pembesaran saluran darah ke zakar. Ia
dicetuskan dari rangsangan fizikal atau mental. Selain itu, proses
ketegangan zakar juga dipengaruhi sistem saraf dan hormon.
Bagaimananapun, jika saudara mengambil minuman beralkohol dalam kuantiti yang banyak, ia boleh menjejaskan ketegangan zakar secara tidak langsung. Ini kerana minuman beralkohol akan menurunkan tahap konsentrasi saudara.
Mengikut kajian perubatan moden pula, tidak ada bukti kukuh yang mengatakan beberapa jenis makanan atau minuman yang dikenali sebagai 'aphrodisiacs' dapat meningkatkan prestasi hubungan seks seseorang lelaki.

SUMBER BERITA HARIAN, Sabtu,
22
Ogos
2009