Antara firman Allah:
Maksudnya “ Berdoalah kepadaku, nescara
akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan
diri dari menyembahKu akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina
dina.”
(Ghafir: ayat 60)
KELEBIHAN DAN KEUTAMAAN DOA
1- Doa merupakan tali penyambung yang kukuh antara hamba dan RabNya.
2- Doa merupakan satu bentuk ibadah kepada Allah.
3- Doa merupakan satu bentuk zikir kepada Allah.
4- Doa merupakan senjata yang ampuh bagi setiap mukmin dalam menghadapi realiti kehidupan.
ADAB-ADAB BERDOA
1- Mengikhlaskan hati kepada Allah.
2- Mengangkat kedua tangan ketika berdoa
sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga kelihatan putih
dua ketiaknya sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada
Allah.
3- Memulakan doa dengan tahmid kepada
Allah SWT dan diiringi dengan salawat kepada Nabi SAW, diikuti dengan
permohonan apa-apa yang dihajatkan. Doa yang paling utama ialah memohon
keampunan dan keredhaan Allah sebelum memohon perkara-perkara yang lain.
Permohonan juga boleh dimohon dengan apa-apa bahasa sekalipun.
Seelok-elok doa ialah ‘Doa Maksurat’ iaitu doa yang diambil dari
al-Quran dan as-Sunnah, atau doa yang dibaca oleh sahabat, para tabiin
atau imam-imam yang terkenal kesolehannya dan ketaqwaan mereka kepada
Allah.
4- Mengadap kiblat, kecuali imam kerana
imam makruh mengadap kiblat, akan tetapi disunatkan baginya mengadap
makmum atau menjadikan rusuk kanannya mengadap makmum dan rusuk kirinya
mengadap kiblat.
5- Memilih waktu-waktu yang mulia
seperti berdoa di Hari Arafah, hari-hari di bulan Ramadhan, pada hari
jumaat, waktu sahur atau tengah malam, ketika hujan turun, di antara
azan dan iqamah, dalam solat fardhu, ketika sujud, selepas solat, ketika
imam duduk antara dua khutbah Jumaat, sebelum magrib hari Jumaat,
ketika sedang berpuasa dan lain-lain lagi.
6- Berada dalam keadaan suci zahir (tubuh badan) dan batin (hati) dari perkara-perkara kotor dan maksiat.
7- Merendah diri dan khusyu’ dan dengan
penuh pengharapan agar doa tersebut diterima oleh Allah dan perasaan
takut tidak diperkenankannya.
8- Berdoa dengan penuh kesungguhan dengan penuh keyakinan bahawa doa tersebut akan diperkenankan Allah.
9- Membaca doa dengan penuh ketenangan dan tidak tergopoh -gapah.
10- Merendahkan suara.
11- Pengakuan terhadap segala dosa yang telah dilakukan dan memohon keampunan dariNya.
12- Pengakuan terhadap segala nikmat dan dan bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaan tersebut.
13- Berdoa dengan mengulang-ulangkannya
sebanyak 3 kali bagi setiap permintaan dan tidak terburu-buru supaya ia
diperkenankannya.
14- Tidak menyusahkan diri dengan doa-doa yang berunsur sastera (bahasa yang susah).
15- Memulangkan hak dan meminta maaf daripada orang yang dizalimi serta bertaubat dengan perbuatan tersebut.
16- Berwudhu’ sekiranya tidak menjadi keberatan dan tidak menyusahkan.
17- Tidak keterlaluan ketika berdoa
seperti memohon perkara yang pelek-pelek dan tidak munasabah sebagai
seorang hamba Allah dengan nada paksaan agar Allah memperkenankannya.
18- Berdoa dengan menggunakan nama-nama
Allah yang Maha baik (Asma’ulla al-Husna) dn sifat-sifatNya yang Maha
Tinggi dan dengan amalan soleh yang dilakukan atau dengan meminta
seseorang yang soleh yang masih hidup, mendoakannya.
19- Memastikan makanan dan minuman serta pakaian yang dipakai dari sumber yang halal.
20- Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi
mungkar, agar doa kita lebih cepat diperkenankan, lantaran usaha kita
membantu agama Allah.
21- Menjauhkan diri dari segala bentuk maksiat samada zahir mahupun batin.
22- Mengakhiri doa dengan berselawat ke atas Nabi SAW dan bertahmid kepada Allah.
23- Hendaklah berdoa untuk kesejahteraan iman, amal dan akhlak diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.