Bakti Siswa Pelajar ANSOS Batch 2013

Published On :)


"You are my sunshine" - Hari ini aku mempelajari sesuatu yang sangat bermakna. Mungkin tidak semua orang dapat merasai apa yang aku rasa. Tetapi kata-kata ini memberi satu pengertian yang sangat mendalam buat aku.

Fikirkan sejenak...

"sanggupkah kita menghantar kedua ibu bapa kita ke rumah orang-orang tua?" 

Jika soalan ini diajukan kepada aku, Sudah pasti "TIDAK" adalah jawapan yang aku berikan. 

Mengapa masih ada anak-anak yang lupa akan pengorbanan ibu bapa mereka? 

Itu yang menjadi persoalan aku ketika kami (pelajar ANSOS, Sekolah Sains Sosial) membuat lawatan dan khidmat bakti siswa di rumah Warga Tua Sri Pritchard yang terletak berhampiran Pekan Kinarut.


Dari manakah asal usul kita? Tidak lain dan tidak bukan dari keturunan ibu dan bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita sehingga dewasa. Begitulah satu renungan besar yang harus terpahat di dalam sanubari setiap insan. 

Kita sebagai anak, sudah semestinya perlu mengetahui betapa susahnya si ibu membawa kandungan berbulan-bulan. Ketika saat melahirkan menjadi penentuaan antara hidup dan mati merupakan pengorbanan besar si ibu untuk melahirkan anak yang dijaga dengan penuh kasih sayang selama 9 bulan ketika di dalam kandungan.

Terlalu besar jasa dan pengorbanan ibu bapa dan kita tidak akan mampu membalasnya. 
Kita sebagai anak perlu membalas jasa-jasa mereka kerana itulah tanggungjawab kita kepada kedua ibu dan bapa.

Dan..... kita seharusnya ingat bahawa : 

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”  (Hadis riwayat al-Tirmidzi )

Check list kehadiran... :)

Kami breakfast sebelum bertolak ke Kinarut

Bergambar sebelum bergerak ke Kinarut

Itu aku... Nampak "skema" sebenarnya "SEMAK"

Jejaka Idaman dikelilingan gadis pujaan UMS

Gadis Ayu... Pelajar ANOS TAHUN 1

Teruna ANSOS Idaman Gadis UMS

Dia ni yang paling "manang" orang sabah bilang.

Ketibaan bas terakhir

Wakil Rumah Warga Tua Sri Pritchard

We are 1 Unite

Pelajar ANSOS mendengar taklimat dengan memberi tumpuan sepenuhnya

Mereka ini junior saya :)

Taklimat oleh Dr. Roslee Hj. Abbas

Selamat tinggal... semoga kenangan kita bersama akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.

Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.