" Ada 2 jenis nikmat yang dilupakan oleh kebanyakan manusia, iaitu kesihatan dan waktu lapang."
(Riwayat Ahmad dan Al -tarmizi)
Kesihatan :
Sepatutnya digunakan untuk melakukan kebaikan seperti beribadat, (janganlah panjat gunung boleh, tapi solat tidak mampu dikerjakan) dan mencari rezeki secara halal. Ada orang menggunakan kesihatan yang baik digunakan dengan cara yang salah, mereka melakukan maksiat dan kemungkaran seperti berzina, lumba haram, pil khayal dan lain-lain lagi. Bila sudah sakit, barulah hendak buat kebaikan itu dan ini.
Waktu lapang :
Ramay yang terlupa apabila ada masa, aktiviti yang baik dan penambahbaikkan tidak dibuat. Contohnya pelajar menunggu saat akhir barulah hendak "study" untuk peperiksaan. Di tempat kerja pula, ramai yang mengambil masa untuk bersembang kosong, ponteng kerja (lelaki keluar hisap rokok), dan sebagainya. Bila ditegur oleh pihak atasan (bos) barulah terhegeh-hegeh hendak sempurnakan tugan. Ada pula sesetengah orang tidak mahu menerima teguran, ini memang TIDAK PATUT.
Janganlah sesekali bila sudah sibuk baru hendak menyiapkan sesuatu tugasan kerana mungkin hasil kerja yang ingin diselesaikan dalam cara yang tergopoh-gapah tidak berkualiti.
Setiap orang sedar bahawa jumlah masa yang dimiliki oleh setiap manusia ialah 24 jam sehari. Dalam jumlah masa yang sama ini. ada yang menjadi ulama, jadi usahawan yang berjaya, ada yang jadi dermawan, hartawan dan tidak kurang juga ada pula yang berwang. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (macam ayamlah pulak).
" Ingatlah modal kesihatan dan waktu lapang... Dan jangan dipersia-siakan modal yang sangat berharga ini..."