Jangan kamu bersikap sombong |
"Tiga golongan ini, kelak Allah tidak akan berbicara dengannya, tidak melihat kepadanya pada hari kiamat iaitu : orang yang menganggap berbudi dengan pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu, dan orang yang melabuhkan kainnya"
1 - Orang yang menganggap berbudi dengan pemberiannya
Apabila memberi sesuatu kepada sesuatu pihak, janganlah kita suka berbangga yang kononnya kita telah menanam budi yang hebat. Jangan juga kita suka mengungkitnya apabila pemberian telah dibuat.
Terdapat orang yang mengharapkan balasan daripada sesuatu pihak setelah mereka berbudi dan apabila tidak dipenuhi harapan mereka, maka dikatakan orang orang yang pernah ditolong tidak mengenang budi. Kecuali jika kita hendak mendidik orang yang suka lupa diri.
2 - Orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu
Apa yang ketam batu maksudkan disini ialah Allah juga tidak suka kepada orang yang suka menipu ketika mengadakan urusan jual beli atau perniagaan. Sebagai contoh, seseorang kontraktor telah menyatakan di dalam kontrak dinyatakan bahan berkualiti nombor 1, tetapi apabila diberikan projek kepadanya maha bahan yang tidak / kurang berkualiti yang digunakan. Kesannya, masalah akan diterima oleh pihak lain. orang sebegini hanya pentingkan diri sendiri untuk kepentingan yang sementara di dunia. Di akhirat azab yang pedih sedang menanti mereka. Janganlah kita mengambil keuntungan dengan jalan yang terlalu mudah sehingga hilang nilai-nilai murni terhadap sesama manusia.
3 - Orang yang suka melabuhkan kainnya
Kali ini ketam batu nak bagitau, Orang yang suka melabuhkan kainnya merujuk kepada orang yang sombong, golongan ini juga tidak akan disukai oleh Allah s.w.t apabila suka menunjuk-nunjuk pakaian yang dipakainya. Kita boleh berpakaian cantik tetapi jangan megah diri. Kalau berpakaian terlalu "over" (perempuan) juga boleh menyakitkan mata sesetengah orang yang melihatnya. Bagi sesetengah lelaki, maybe itulah peluang santapan untuk mata.