3 langkah mudah menarik follower

Published On :)
ketam batu pinjam dari google

Disebabkan ramai yang Mengiring Bersama Ketam Batu adalah mereka yang terdiri daripada blogger baru, Jadi hari ini Mr ketam ingin berkongsikan 3 langkah mudah menarik follower. Mr ketam juga adalah "orang baru" dalam duni blogging, Tapi tak salah rasanya kalau Mr ketam berkongsi apa yang mr. ketam tahu kepada korang semua. Bagi blogger yang ingin menarik lebih ramai follower, korang boleh amalkan 3 langkah mudah ini. 

Follower Mr ketam tak ramai, sebab mr ketam lebih mementingkan kualiti dan pasaran trafik yang tinggi. Bagi  mereka yang bersependapat dengan Mr ketam, Korang boleh jadikan panduan ini sebagai pengetahuan am dalam dunia blogging. Atau... mungkin juga korang boleh kongsikan bersama follower korang.

1. "Mengiring" atau blogwalking sebanyak yang mungkin.

Cara ini lebih dikenali sebagai "Promosi Diri Sendiri". kenapa Mr ketam cakap macam tu..? Sebabnya dalam dunia blogging, di Malaysia sahaja ada beribu-ribu blogger yang aktif. Dengan kata lain, Kalau korang nak orang lain tahu tentang blog korang, korang mesti "mengiring" atau blogwalking sebanyak mungkin dan jangan lupa untuk tinggalkan link yang betul.

2. Tinggalkan "Link" yang betul di ruangan chatbox.

Chatbox adalah salah satu medium perantaraan yang sering digunakan oleh blogger bagi mempromosikan blog masing-masing. Ianya memudahkan blogger lain untuk menjejaki anda dengan cara anda meninggalkan link blog anda di ruangan chatbox tersebut. Jadi, Mr ketam nasihatkan korang supaya meninggalkan link yang betul bagi memudahkan blogger lain untuk menjejaki blog korang.

3. Meninggalkan komen di ruangan entri terbaru.

Singgah, baca sepintas lalu dan komen. Ini juga adalah salah satu cara yang boleh digunakan untuk korang meninggalkan jejak supaya blogger lain mudah menjejaki korang. Tidak perlu memberi komen berjela-jela, cukup sekadar salam perkenalan. Pastikan anda meletakkan "link" di bahagian profile apabila pengunjung lain klik gambar anda diruangan komen tersebut.

Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.