Pernahkah anda menikmati "sunset" di ODEC UMS...? Jangan lepaskan peluang ini sekiranya anda berkesempatan untuk melawat permandangan alam di dalam kampung Universiti Malaysia Sabah. Aku yakin, Anda pasti teruja dengan keindahan lanskap alam yang terdapat disini. UMS pernah diberi mandat untuk memegang "title" universiti yang tercantik di asia kerana memiliki lanskap alam yang sangat indah.
Kali ini, aku ingin berkongsi dengan anda semua beberapa kepingan gambar yang sempat aku "snap" bila aku berada di ODEC UMS.
Subhanallah... cantik kan view di sini.? kalau anda suka, bolehlah datang kesini untuk cuba sendiri pengalaman baru melihat "sunset" di jeti ODEC UMS.