Madah Imam Shafie

Published On :)

Mesti korang semua kenal dengan imam Al-Shafie kan..? seorang ulama yang terkenal suatu ketika dulu. Kali ni, aku nak share madah atau dengan kata mudah mutiara kata yang di ungkapkan oleh beliau.

IMAM Al-Shafie bijak mengungkaikan madah bagi menyampaikan maksud ajaran Islam dengan mendalam. Ungkapannya bertujuan tidak melukakan hati pendengar, selain membolehkan pengikutnya menghalusi maksud di sebalik ajarannya.


Sebahagian besar madahnya mengajak manusia memikirkan arah tuju kehidupan, selain melakukan muhasabah diri bagi memperbetulkan kesilapan yang dilakukan.


Antaranya:-


Perhiasan ulama itu ialah takwanya, keelokannya akhlak mulia dan kecantikannya murah hati.


Tidaklah berjaya seseorang itu dalam menuntut ilmu melainkan dia berada dalam kekurangan.


Tidak ada aib yang lebih buruk bagi seseorang ulama, selain daripada kesukaannya terhadap perkara yang tidak disukai oleh Allah


Ilmu itu bukannya yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.


Kemiskinan ulama itu disebabkan Faqrul Ikhtiyar (kerana pilihan),sedangkan kemiskinan orang bodoh itu disebabkan Faqrul Idhthirar (kerana terpaksa).


Barang siapa ingin hatinya diterangkan oleh Allah, hendaklah dia banyak berkhalwat (menyendiri) , mengurangkan makan, tidak bergaul dengan orang bodoh yang buruk pekertinya, serta tidak berkumpul dengan kalangan orang berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan adab.


Orang yang berakal itu adalah orang yang diikat oleh akalnya daripada segala perbuatan tercela.


Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman terhadap teman sahabatnya dan menjadi musuh terhadap musuh sahabatnya.


Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat dan tidak ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka.


Barang siapa menasihati saudaranya secara diam-diam, bererti dia menginginkan kebaikannya.


Barang siapa menasihati saudaranya di tengah khalayak ramai, bermakna dia telah membuka rahsia saudaranya dan memburukkan namanya.


Barang siapa yang tidak dimuliakan oleh takwa, maka tidak ada kemuliaan baginya.


Jangan anda berbicara sesuka hati kecuali perkara yang perlu saja kerana kalau anda ucapkan satu kalimat saja bererti kalimat itu telah menguasai anda dan anda tidak boleh menguasainya.


Bersahabat dengan orang yang tidak takut celaan, sebenarnya lebih tercela.


Menuntut kemewahan duniawi itu adalah suatu seksaan yang ditimpakan Allah kepada Ahli Tauhid. "Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"


"Dan Allah tuhan Kami Rasul ikutan kami Al-Quran Panduan kami Jihad jalan Kami Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.