Google+ Followers

Nostalgia lagu raya anda

Published On :)

Pagi-pagi lagi dah ribut
Nak ke pasar berebut-rebut
Lipat beras ketupat pulut
Serta memasak cepat merungut

Anak bulan belumlah nampak
Esok raya atau tidak
Lodeh rendang sudah di masak
Depanlah rumah masih berselerak

( 1 )

Gembiranya bila mendengar berita
Jika terlupa hendak berbuka puasa

Esok hari raya
Esok hari raya
Esok hari raya
Esok hari raya
Esok hari raya

( 2 )

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Selamat hari raya

( ulang dari 1, 2, 2 )

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Hari raya !
 **********************
Korang semua pernah tak dengar lagu raya ni....? Lagu raya ni bertajuk "Esok Hari Raya" nyanyian dR Sam. Korang tau tak..? Ketam batu minat sesangat dengan lagu ni. Kenapa ketam batu suka ngan lagi ni..? First bila mendengar lagu "esok hari raya", suasana suram boleh menjadi ceria. Second, ketam batu ada nostalgia yang tak dapat dilupakan sehingga kini apabila lagu esok hari raya diputarkan di corong-corong radio.

Masa tu... ketam batu kecik lagi.  Yelah.. time budak-budak hingusan rayalah yang paling "excited". Time tu dah tak pikir lain dah.. Dalam kepala dah set baju raya, kasut raya, seluar raya... dan macam-macam rayalah termasuk duit raya. Tapi yang heran masa tu ketam batu tak terpikir pulak "spender raya". Mungkin sebab time tu belum pandai pakai "spender" kot. Ops... terbocor pulak..

Time puasa, memang "excited" giler ah.. nasib baiklah ketam batu tak giler, Hari puasa pertama dah tanya kat mak bile nak pergi shoping beli baju raya.  Hari puasa kedua pulak ketam tanya kat mak bile nak pegi shoping kasut raya. Seterusnyalah sampai penghujung esok nak raya. Dipendekan cerita.. Ketam memang "excited" dengan perkataan raya. Raya "excited" tapi puasa tak penuh.... Itulah si ketam batu.

OK, Sekarang part time malam raya. Time tu ngah syok tengok cerite kat TV3. Biasalah.. time tu mana ada astro... ketam batu layan TV3 jer.. Tapi time tu best. Sebab time tu TV3 banyak cerite best, Tak macam sekarang.. Tengok syok tengok TV3, datang sorang makcik ketam. Dia ni suka sangat berkaroke. Time tulah dia nak berkaroke. Aishhh... Potong "stim" betullah.. (ketam cakap dalam hati time tu)
Malam tu dia karoke lagu-lagu raya. Selesai lagu pertama, dia teruskan lagu kedua. Time tu ketam batu dah mengantuk dah.. Yelah.. Bosankan dengar orang menyanyi, lagi-lagi kalau suara dia tak sedap.. Tapi Bila tibe lagu ketiga, mata yang mengantuk tibe-tibe jadi cerah. Ketam dah tak mengantuk dah time tu.

Ha.. Korang tau tak sebab apa ketam tak mengantuk..? sebab time tu lagu esok hari raya.. Wahhh...!!! melompat-lompat ketam time tu. Kena pulak lagu tu dengan esoknya... Habis jer lagu tu, ketam suh makcik ketam ulang balik lagu esok hari raya.. Seingat ketam, 4 kali ketam suh makcik ulang lagu tu... Hahaha.. Padan muke kat makcik ketam..!!! 

Hati ketam  riang tak terkira time tu. Dalam kepala dah set " esok hari raya,esok hari raya ". Di sebabkan kepenatan,  ketam pun tertidurlah.. Time tu ketam tidur kat ruang tamu, ( tidur beramai-ramai sebab sepupu semua balik kampung ) . Nak di jadikan cerita, Esoknya ketam batu kene ejek... "esok hari raya.. esok hari raya " oleh semua sepupu ngan makcik-makcik sebab malam tu ketam mengigau terjerit-jerit "esok hari raya, esok hari raya".. Demmm...!!!

Ha... itulah nostalgia lagu raya yang ketam batu tak dapat lupakan. Sampai sekarang bila berkumpul dengan sepupu sepapat, dorang cakap.. 

" pijan..!!! malam nanti tidur jangan lupa basuh kaki. Kang tak pasal-pasal ngigau esok hari raya.. esok hari raya " dalam hati aku Wednesday Thursday Friday..!!!
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.