Google+ Followers

Ketahui pengedar sah handphone anda

Published On :)

Sebelum nak beli handphone baru, aku rasa lebih baik korang pastikan sama ada handphone tu original atau tidak. sebabnya, kalau handphone yang tidak ori, maybe akan bagi masalah pada korang nanti. dan korang maybe akan rugi. mana taknya, baru pakai 3 bulan dah kena hantar kedai sebab ada problem. so untuk elak perkara tu dari berlaku, adalah lebih baik korang cari handphone yang betul2 ori.

bagi korang yang mau beli handphone baru mesti mau tau apa tu ORI, AP, Recon dan apa perbezaannya. Ori ialah singkatan Original, AP ialah Approval Products, dan Recon ialah recondition.


Handphone Ori
ialah handphone yang…
1. dijual oleh pengedar rasmi pengeluar handphone
2. ada warranty rasmi daripada pengeluar
3. boleh dikatakan 99.99% tiada kecacatan
4. lebih mahal daripada handphone AP
 
Pengedar rasmi yang terkenal bagi handphone…

1. Nokia – Zitron, Avaxx dan Arista
2. Sony Ericsson – Thorus, Midland
3. HTC – SiS
4. Samsung – Samsung Malaysia Electrics
5. Motorola – Brighstar
6. Blackberry – Brightstar
7. LG – Thorus
8. iPhone – Apple

Manakala…

Handphone AP ialah handphone yang…
1. diimport dari luar negara oleh pengedar tempatan
2. ada warranty tidak rasmi daripada pengedar itu sendiri
3. lebih murah daripada handphone Ori

Handphoe Recon pula ialah handphone 2nd hand yang dibaiki semula sehingga nampak baru dan dijual sebagai set baru.
Keburukan beli handphone AP set ni kadang-kadang (bukan selalu)…
1. kedai tu cakap “set baru AP” padahal “Recon”
2. handphone ada masalah rangkaian “line pandai hilang”
3. ada kerumitan masa claim warranty 

#Tapi handphone AP set bukanlah China set dan tidak juga cepat rosak.
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.