3 Cara Mudah Leraikan Pemberontakan Remaja

Published On :)

Hei korang... YA..! korang yang tengah mengiring bersama ketam batu. aku pasti korang mesti rindu dengan entri aku yang menarik habis (#perasangilerbudakni). hehehe.. aku main2 jerlah. korang semua sihat ke..? aku doakan korang sihat2lah hendaknya.. sihat boleh, tapi jangan gemuk ok...! kalau gemuk nampak je sihat, tapi sebenarnya tak.

Ok.. ernti kali ni bukan entri gemuk atau entri sihat. tapi entri kali ni aku nak share dengan korang semua 3 cara mudah untuk leraikan pemberontakan remaja. Aku rasa, korang semua pernah memberontak, betul tak..? tipulah kalau korang cakap tak.. alala... jangan malu2. ngaku jer k. aku paham sebab aku pun remaja jugak. (#janganjelesok..!)

Macam yang kita tahu, pemberontakan ni selalu terjadi bila kita tak puas hati. kadang2 kita tak puas hati dengan parent, lebih2 lagi kalau parent mcm tak tunaikan apa y kita nak. alamatnya, ramailah remaja lari dari rumah, buat anak luah nikah. eh..! jap.. apa kaitan dengan anak luar nikah..? mestilah ada kaitannya dengan memberontak. 

sekarang aku terangkan cara yang pertama adalah dengan melakukan aktiviti 'picnic' atau camping bersama. aku ulang sekali lagi, 'picnic' bukan 'panic' ok...! sememangnya aktiviti outdoor memang seronok kalau kita lakukan bersama dengan orang tersayang atau parent. kalau aktiviti ini dilakukan secara kerap, pastinya remaja akan mula berfikir dan muhasabah diri terhadap kasih sayang serta perhatian daripada ibubapa. korang sebagai ibubapa harus tahu yang anak-anak perlukan perhatian yang lebih. macam korang muda-muda dululah... nak manja ngan parent korang jugak kan..? aktiviti ini secara tak langsung dapat menggembirakan mereka semula. yang lebih penting, anak-anak akan merasakan yang diri mereka penting dalam sesebuah keluarga.

seterusnya aku nak jelaskan cara ke-2 iaitu dengan cara bersantai bersama. ulang sekali lagi, bersantai... bukan bersentap. kalau bersentap tu bermakna bergaduh. bersantai adalah salah satu aktiviti releks dan santai. hehehe.. betul ke...? kalau tak betul pun ade aku kisah..? walaupun dengan hanya ke shopping complex, masa yang dihabiskanbersama pastinya akan dapat mengeratkan hubungan antara remaja dengan ibubapa. sebenarnya, kalau korang nak tau, ini adalah salah satu cara memberi jalan agar remaja menceritakan  masalah mereka.

yang ke-3 atau terakhir.. eh..silap. sebenarnya ada banyak lagi. tapi memandangkan tajuk entri aku 3 cara mudah leraikan pemberontakan remaja, so aku senaraikan hanya 3 jelah. cukup tak..? kalau tak cukup korang g library wat research sendiri ok. yang ketiga ialah dengan cara memberikan tanggungjawab yang mudah kepada remaja. sebagai contoh, apabila adik beradik bergaduh memang sukar untuk dileraikan kerana masing2 tidak mahu mengalah. dengan memberi sedikit tanggungjawab mudah kepada si kakak atau si abang (yang lebih tua) harus menjaga adik. adik pula perlu ikut dan dengar cakap abang atau kakak. selain itu, parent juga boleh memberi tanggungjawab supaya si kakak memastikan agar bilik sentiasa kemas dan teratur. hal ini akan membuatkan remaja berasa diri mereka dihargai dan dihormati dalam kalangan ahli keluarga.

ok... cukup setakat ini untuk entri kali ini. selamat mengiring bersama ketam batu.
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.