Google+ Followers

Wanita buktikan pesalah rogol masih teruna

Published On :)
hai gurl...!!! yea.. kamu yang bernama perempuan, korang dah ada bf tak..? kalau ada, korang nak tau tak yang bf korang tu masih teruna atau tidak..? kalau korang nak tau, korang perlu perhatikan d belakang telingan bf korang, macam yang perempuan dalam gambar ni buat. kata beliau, ada bintik merah di belakang telinga lelaki yang masih teruna. hehehe.. korang try lah check. tapi kalau xda, korang jangan buat2 pengsan k. hehehe.. :D

jom baca berita tentang seorang wanita yang telah membuktikan pesalah rogol masih teruna.

NGUYEN DINH KIEN (kiri) memeriksa titik akupuntur pada muka seorang lelaki di rumahnya di Hanoi baru-baru ini
HANOI - Seorang wanita yang merupakan pakar akupuntur Vietnam, Pham Thi Hong menjadi selebriti apabila dia berjaya membantu membebaskan tiga lelaki yang dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan merogol setelah mereka didapati masih teruna.

Pada mulanya, seorang pesalah itu, Nguyen Dinh Kien dirawat oleh wanita tersebut empat tahun lalu.

Wanita itu kemudian mendapati terdapat beberapa bintik merah di belakang telinga lelaki itu yang menunjukkannya masih teruna sekali gus tidak bersalah merogol seorang gadis berusia 20 tahun pada 2000.

Dia kemudian mendapati dua lagi rakan lelaki itu mempunyai bintik sama yang menunjukkan mereka sebenarnya tidak pernah melakukan hubungan seks. 

Wanita itu kemudian melancarkan kempen untuk membebaskan mereka dan usahanya berjaya apabila Presiden Vietnam, Nguyen Minh Triet mengarahkan kes tersebut dibuka semula.

Hasilnya, ketiga-tiga lelaki berkenaan dibebaskan pada Januari lalu selepas para penyiasat mendapati terdapat kekurangan bukti dalam kes tersebut. 

Bintik di belakang telinga itu hanya akan hilang selepas lelaki bersetubuh dengan wanita tetapi ia tidak terjejas jika hubungan seks sesama jantina. 

"Ada titik merah kecil di belakang telinga ketiga-tiga kerana bintik itu akan hilang dengan sendiri jika mereka melakukan persetubuhan," kata Hong. - AP

Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.