Alat-alat muzik sabah dan sarawak

Published On :)

Muzik itu indah bukan..? Ya.. sudah pasti ianya indah, melalui muzik kita boleh meluahkan segala perasaan. muzik itu hidup. Kali ini aku nak buat entri tentang alat muzik yang terdapat di kepulauan Borneo. Dalam erti kata lain, aku nak memperkenalkan pada korang semua alat-alat muzik yang terdapat di sabah dan sarawak.

kenapa aku buat entri tentang alat muzik sabah..? sebabnya mudah.. Esok aku ada midterm "listening test" yang mana aku terpaksa mendengar alat muzik yang akan dimainkan oleh Prof. Madya Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan. Beliau adalah Pemegang Kursi Kadazan Dusun. Segala hal yang berkaitan dengan etnik Dusun, semuanya akan merujuk kepada beliau.
Ok.. Teruskan mengiring bersama aku si ketam batu...

Pengenalan Alat Muzik Sabah

Muzik tradisional Sabah tidak mempunyai sistem not yang tradisional dan seni kata lagu juga tidak bertulis. Semua muzik dan nyanyian diturunkan secara tradisi dari generasi ke generasi. Persembahan muzik boleh dilakukan oleh lelaki dan wanita tetapi sesetengah alat muzik secara tradisi dihasilkan khusus sama ada untuk pemuzik lelaki atau wanita sahaja. Sebagai contoh, kaum lelaki umumnya main gong bercombol besar dan gendang dan kaum wanita kulintangan dan gong leper. Kebanyakan alatan muzik di Sabah diperbuat daripada bahan-bahan asli yang diambil daripada sumber semulajadi.Sebagai contoh,tongkungan,turali,seruling,sompotan dan totunggak diperbuat daripada buluh. Alat-alat lain seperti gambus,kompang ,dan gendang diperbuat daripada kulit kambing.Gong dan kulintangan pula diperbuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang diperbuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma.
Alat-alat muzik di Sabah dikelaskan kepada:

1. Kordofon (tongkungon, sundatang atau gagayan)
2. Erofon (turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)
3. Idiofon (togunggak, gong, kulintangan)
4. Membranofon (gendang atau tontog).
1. Kordofon

Tongkungon
Panjang tongkungon kira-kira dua kaki. Ianya dimainkan oleh kaum Dusun dan Kadazan di Tambunan, Penampang and Tuaran. Ianya diperbuat daripada buluh yang besar.

Sundatang Atau Gagayan

Pengenalan:

Sundatang ialah sejenis alat bertali yang berkembang di Sabah.
Diperbuat dari:

Diperbuat daripada kayu keras yang ditebuk badannya dan menggunakan prinsip yang sama seperti alat muzik Sarawak (Sape). Kayu yang digunakan untuk menghasilkan sundatang ialah dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.
Fungsi:

Sundatang sering dipersembahkan untuk muzik hiburan. Pada masa silam dahulu sundatang dipersembahkan bagi menandakan kesedihan di atas kematian seseorang dari keluarga
Seseorang dari keluarga terdekat.


2. Erofon

Suling
Seruling yang diperbuat daripada buluh pendek  yang berwarna koko. Suling yang mempunyai lima lubang digelar tambunan manakala suling yang mengandungi enam lubang dipanggil penampang. Bunyi yang di hasilkan sangat menenangkan.

Turali 

Turali ialah sejenis alat erofon. Ia berasal dari Sabah dan cukup popular bagi masyarakat pribumi. Ianya diperbuat daripada buluh sumbiling. Panjang alat ini ialah kira-kira satu meter dan ada yang mencapai dua meter. Lebih panjang alat tersebut maka bunyi yang dihasilkan ialah ‘low pitch’ manakala makin pendek alat tersebut akan menghasilkan bunyi yang lebih tinggi ‘pitch’. Alat ini diaminkan menggunakan hidung. Ianya ditiup menggunakan hidung. Ia mempunyai empat lubang. Apabila kesemua lubang ditutup ketika meniup, maka not yang dihasilkan ialah not paling rendah.

Sompoton

Sompoton ialah sejenis organ mulut ataupun mouth organ yang popular di kalangan suku kaum Dusun dan Kadazan. Ianya dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan ‘khene’ sejenis organ mulut yang terdapat di Laos.

Diperbuat daripada:

Sompoton diperbuat daripada beberapa batang ataupun pipa buluh kecil dari jenis ‘sumbiling’ yang dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.

Cara Bermain - Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. Kaedah penipuan juga menggunakan teknik ‘menghembus’ serta ‘menyedut’ untuk menghasilkan bunyi menggunakan teknik penjarian yang teratur pada lubang-lubang petik yang telah sedia ditebuk untuk menghasilkan pic suara yang berbeza-beza dan berharmoni. Sompoton juga menggunakan system ‘free reed’ yang tunggal sebagai bahan bunyinya seperti juga alat Engkururai di Sarawak.

Fungsi:

Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan dusun di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian. Pada suatu ketika dahulu, sompoton dimainkan di majlis keagamaan namun kini penggunaan alat muzik ini sudah diperluaskan di mana ia juga dimainkan di majlis perkahwinan dan juga keramaian. Sompoton boleh dimainkan secara individu dan juga secara berkumpulan bersama-sama alat muzik moden dan alat muzik bambu yang lain seperti bungkau dan marakas.


Bungkau
 
Bungkau ialah sejenis alat erofon. Harpa rahang ini adalah diperbuat dari kulit luar kelapa yang dikenali sebagai polod antara Dusun / Kadazan. Tangan yang  hakus dan mahir diperlukan untuk menghasilkan  alat bungkau yang baik. Alat ini berfungsi apabila strip bergetar membuat suara sangat sedikit dengan sendirinya, tapi jika dilakukan sebelum mulut dibuka, pemain lembut boleh membesarkan suara dengan resonansi. Berbagai macam frekuensi boleh diperolehi  dengan memvariasikan bentuk mulut dan kedudukan lidah. Apabila tidak digunakan, biasanya terbungkus dan melekat pada balang buluh untuk tetap bersih dan bebas daripada kerosakan. Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik). Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.

3. Idiofon

Tongunggak 

Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta. Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.

Gong

Gong terdiri daripada keluarga idiofon. Ianya berasal dari timur tengah. Ianya diperbuat daripada gansa dan besi. Ianya dimainkan di dalam persembahan muzik Sabah. Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial. Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya. Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistik, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi bergalvani yang dibeli di sini. Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Brunei.

Kulintangan 
 
Pengenalan  

Merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang berbusut yang berukuran
kecil.

Diperbuat dari:

Kulintangan diperbuat daripada tembaga ataupun perunggu.
Cara bermain - Kulintangan dimainkan secara ensemble. Ianya dipanggil kulintangan secara umumnya. Dalam Kulintangan terdapat beberapa jenis idiofon. Apabila sekumpulan pemain itu memainkan kulintangan perbuatan mereka digelar sebagai “mitagunggu”.

Dalam konteks persembahan ianya diletakkan di atas tali yang diregangkan pada tapak kayu  ataupun para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji kesemuanya. Dipalu dengan menggunakan sepasang kayu pemukul dari jenis lembut oleh seorang pemain untuk mengiringi tarian 'Sumazau', 'Limbai', 'Silat' serta 'Tingkad-tingkad'. Dalam kesenian muzik 'Bertitik' yang didapati berkembang di kalangan suku kaum Bajau, 'Kulintangan' dimainkan dalam bentuk ensemble.

Disertakan alat-alat idiofon yang lain seperti 'tawak' dan 'bandil' daripada keluarga 'gong' serta gendang yang dipalu secara menegak untuk meraikan majlis perkahwinan. Muzik 'Bertitik' amat digemari oleh generasi tua dan ianya dikatakan berasal dari Kota Belud. Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong- gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul. Gonggong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu rendah.

 4. Membranofon

 Rebana

Rebana ialah sejenis gendang satu muka yang digunakan untuk mengiringi tarian dan juga nyanyian rakyat yang dikenali sebagai ‘Adai-Adai’ oleh masyarakat melayu berketurunan Brunei di daerah Papar, Beaufort dan sipitang.

Gendang atau Tontog
Gendang merupakan salah satu alat membranofon. Gendang berasal dari timur tengah.Gendang ini diperbuat daripada nangka atau kayu merbau untuk badannya manakala kulit kambing diregangkan di hujung alat gendang. Instrumen ini dikenali dengan nama yang berbeza dalam komuniti yang berbeza.  

Alat Muzik Sarawak


ENGKERURAI /EROFON 

Secara am, masyarakat Iban lebih dikenali dengan tarian ngajat namun tidak ramai yang mengenali corak atau jenis alat muzik komuniti ini. Engkerurai merupakan salah satu daripada jenis alat muzik yang jarang dilihat pada ketika ini, baik di pertunjukan umum mahupun dipamerkandalam bahan cetak. Kewujudannya seolah-olah tidak diketahui umum.

 Buluh yang terpanjang dikenali sebagai indu. 
•Berada dalam keadaan bertentangan dengan leher labu.
•lndu berperanan mengeluarkan bunyi dengungan.
•Buluh yang bertentangan dengan indu ialah  pemanchor.
•Di sebelah kanan indu ialah ngingit.
•Ngingit menghasilkan nada bunyi yang paling tinggi dan seperti indu
•bunyi ngingit dihalusi oleh timbal ngingit terletak di sebelah kiri indu
•Batang yang menghasilkan bunyi perantaraan di antara indu dan ngingit ialah ranggong.
•Buluh yang menghalusi nadanya ialah timbal ranggong.

Engkerurai mempunyai sebelas buah repertoir atau lagu seperti di bawah :

1. Tebah Lantang
2. Kenjan Keterubah
3. Kenjan Kadua
4. Saka Dua
5. Baling
6. Alun Panjai
7. Entak Kepayang
8. Seri Dayong
9. Kenyah
10. Keliute
11. Indu Gu  

Cara Bermain- Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.



SAPE/SAPEH KORDOFON


Sape merupakan sejenis alat tali daripada keluarga lute yang berleher pendek dan talinya dipetik. Badannya diperbuat daripada jenis kayu lembut, lazimnya ‘meranti’ yang agak memanjang iaitu  elongated telah ditebuk dan berperanan sebagai ruang gema. Bentuknya kelihatan seolah-olah seperti sampan dan sering di sebut sebagai the boat lute oleh para sarjana dari barat. Sape cukup terkenla bagi suku kaum ‘kayan’ dan ‘kenyah’. Ianya dimainkan untuk muzik hiburan serta mngiringi tarian seperti Datun Julud dan Ngajat, sejenis tarian pahlawan yang sering dikaitkan dengan gead hunting mengilut lagenda mereka  dan kini tidak lagi diamalkan. 

Alat sape ini telah dicipta dalam berbagai-bagai ukuran dan mempunyai bulangan talu yang juga berbeza-beza iaitu sama ada dua, tiga atau pun empat tali. Kini, tali sape telah diganti dengan tali dawai yang mana pada peringkat awal mereka menggunakan tali sabut dari Sago.  Dalam konteks persembahan talinya dilaras mengikut system muzik barat. Salah satu dari system berkenaan adalah seperti

Tali satu : dilaras bersama middle c pada alat piano.
Tali dua : dilaras bersama dengan nada ‘c’ satu oktaf rendah dari middle c
Tali tiga : dilaras bersama dengan nada A yang terletak pada minor third dibawah middle c
Tali empat : dilaras bersama dengan nada ‘F’ iaitu perfect fourth diatas middle c.


Tali-tali dipetik dengan menggunakan ibu jari pemain dan penghasilkan melodi hanya berlaku pada tali satu sahaja. Tali selebihnya berfungsi sebagai drone yang dimainkan dalam keadaan terbuka(in open string) pada derap terakhir bagi setiap keratin frasa lagu. Tali bagi alat sape telah dipasang merintangi badanya dengan sokongan oleh penugkat tali (brige) yang bersifat moveable untuk tujuan penalaannya mengikut konteks lagu yang ingin dipersembahkan 

ENGKEROMONG/ IDIOFON

Engkeromong istilah tempatan bagi alatan daripada keluarga gangsa knobed-gong atau gong berbusut. Ianya berbentuk seperti kendi dan diperbuat daripada tembaga . alat ini dikatakan alat asli bagi masayarakat di rantau Asia Tenggara . Engkeromong  begitu terkenal dikalangan  suku kaum iban dan sering digunakan dalam ensamble untuk mengiringi tarian ‘ngajat’. Dalam konteks persembahan , engkeromong ini diaturkan diatas para dalam satu barisan yang mnegandungi lapan biji kesemuanya yang dilaras mengikut sistem skala yang spesifik. Ianya dipalu dengan menggunakan sepasang pemalu daripada kayu jenis lembut untuk menghasilkan ,pola rithme yang dimainkan secara berulang-ulang dan bertangga iaitu in step wise , menaik dan menurun. 

Di bawah sistem idiofon terdapat juga dari keluarga knobed- gong yang berukuran besar iaitu dikenlai sebagai ‘badai’ .  Alat ini menyerupai alat ‘tetawak’ yang terdapat di negeri Kelantan dan sering dikaitkan dengan kuasa dan kekayaan bagi masyarakat iban. 

GENDANG WANITA/ BERMUKUM MEMBRANOFON

Merupakan sejenis gendang satu muka yang menyerupai renaba. Ianya bebentuk seperti pasu dan baluhnya diperbuat daripada jenis kayu kertas dan lazimnya daripada batang kelapa ataupun sago. 

Pada permukaannya telah direngang dengan belulang daripada kulit kambing dan disirat dengan tali rotan . Gendang  ini sering dimainkan oleh sekumpulan wanita yang dikenali sebagai kumpulan gendang melayu untuk mengiringi sejenis persembahan nyanyian rakyat yang dikenali sebagai ‘bermukum’ di kalangan masyarakat melayu disarawak . Kesenian ini hampir serupa dengan ‘dondang sayang’ dari segi gaya dan bentuk persembahannya. Dalam persembahan ‘bermukum’ ketua kumpulan ‘gendang wanita’  akan bermainkan rebana juga ditakrifkan sebagai gendang wanita dan yang lain memainkan dalam bentuk bertingkah . pemain gendang ditempatkan dibelakng bersama sekumpulan anak dara yang di suntingan teruna melalui jual pantun sambil berjoget.  

Selain daripada itu terdapat dua jenis gendang satu muka dikenali sebagai benduk dan dumbak sering digunakan di masjid atau di surau untuk keupacaraan orang islam. 

Manakala di kalangan suku kaum kenyah terdapat sejenis gendang satu muka dikenlai sebgaui tuhu bentuknya seperti kun yang tinggi hampir 4 meter. Pada permukaanya mempunyai 90 cm lebar dan dipasang dengan belulang kambing. Kaum kenyah yang berada di Kalimantan timur Indonesia, dikalangan kaum bidayuh di Sarawak terdapat gendang satu muka yang dikenali sebagai dombak dan diguna pakai oleh masayarakat melayu.

#Kalau rasa menarik dan best, jangan lupa share.. 
 
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.