Senarai Tugas Kurator Gred S41

Published On :)

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Jabatan Muzium Malaysia, Balai Seni Lukis Negara, Jabatan Warisan Negara, Arkib Negara Malaysia, Muzium Negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Jadual Gaji:
P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89
P2T1 RM1783.51 – P2T27 RM4917.16
P3T1 RM1882.31 – P3T27 RM5219.23

Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian bidang Sosiologi, antropologi, sejarah, kaji purba, zoologi, sastera, seni lukis, senireka, seni halus, senibina, permuziuman atau konservasi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • [Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3]; atau
  • Ijazah Sarjana dalam bidang permuziuman yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • [Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T6]; dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:



Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Kurator adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Kurator Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:


  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.



Deskripsi Tugas:



Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman seperti pameran, pemuliharaan dan konservasi benda-benda purba, penyelidikan arkeologi, flora dan fauna, kebudayaan negara, memberi khidmat nasihat permuziuman serta menyediakan laporan hasil kajian penyelidikan.

Skop Fungsi dan Bidang Tugas:


  • Merancang dan mengetuai penyelidikan muzium dan menjalankan kerja-kerja penyelidikan warisan sejarah, budaya, alam kemanusiaan, alam semula jadi dan perkara-perkara yang berkaitan.
  • Merancang dan mengumpul koleksi untuk dipamerkan dan menyediakan ‘write up’, ‘caption’, label dan sebagainya yang berkaitan dengan pameran.
  • Merancang pengurusan sumber manusia jabatan dan menyelaras aktiviti-aktiviti latihan/kursus di peringkat jabatan dan luar negara.
  • Mendokumentasi dan mengkatalog koleksi muzium secara sistematik, menyimpan data-data hasil penyelidikan dengan teratur sebagai bahan rujukan.
  • Mengetuai dan menjalankan kerja-kerja pemulihan tanah, tapak tanah, monumen bersejarah dan seumpamanya.
  • Menyelaras dan mengetuai kerja-kerja cari gali.



Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.