Senarai Tugas Jurutera (Elektrik) Gred J41

Published On :)


Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji: 

P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 – P3T23 RM5306.79 

Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik (Elektrik) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Jurutera (Elektrik) Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:
Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua sistem bekalan elektrik dan alat kelengkapan elektrik.


sumber gambar google
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.