Senarai Tugas Pegawai Belia dan Sukan Gred S41

Published On :)

Kepada anda yang berada dalam 2.6 peratus ini,saya ucapkan tahniah dan selamat maju jaya.Memandangkan ramai yang menanyakan tips kepada saya, saya berikan sedikit tips ini.Mungkin sedikit membantu.

Untuk calon(anda) yang bakal menghadirinya,apa yang perlu difokuskan adalah:
Tugas-tugas Pegawai Belia Dan Sukan – skop kerja, bidang tugas, tanggungjawab
Gred jawatan, gaji, kementerian
Soalan-soalan umum STANDARD dari SPA untuk uji kelayakan, kejujuran, keikhlasan, integrity, pengetahuan am dan semasa, pertuturan, adab, kebolehan menyelesaikan masalah dan lain-lain dalam ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ada diterangkan dengan lengkap)
Untuk makluman, bagi jawatan Pegawai Belia Dan Sukan,info ringkas boleh dirujuk seperti dibawah:

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kementerian/Jabatan: Kementerian Belia dan Sukan
Jadual Gaji:
P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89
P2T1 RM1783.51 – P2T27 RM4917.16
P3T1 RM1882.31 – P3T27 RM5219.23
Syarat Lantikan:     
Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3 RM1869.79]; dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
mempunyai kelayakan di atas; atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:     
Merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di peringkat Kementerian/Jabatan.Meliputi memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan, memberikan nasihat kepakaran serta penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program belia dan sukan.

Informasi ini berdasarkan daripada SPA.
Di samping maklumat di atas, saya berikan sedikit informasi lagi berkenaan jawatan Pegawai Belia Dan Sukan seperti yang tertera di bawah:
Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi
1. Penambahbaikan dalam pengurusan dan kecekapan organisasi atau dalam jabatan anda.
2. Mengetahui dan mempraktikkan tatacara dan keselamatan pejabat.

Penyeliaan Dan Kaunseling
1.Merancang dan mengadakan keperluan bimbingan dan kaunseling.
2.Merancang dan mengendalikan sesi kaunseling.
3.Kaedah memberikan motivasi.

Pengurusan Kewangan
1.Menguruskan akaun awam seperti akaun terimaan,akaun bayaran dan sistem belanjawan negara.
2.Menguruskan perolehan kerajaan seperti bekalan,perkhidmatan dan kerja.
3.Menguruskan aset inventori,tatacara hapus kira dan tatacara pelupusan.
4.Mengetahui pengurusan stor iaitu verifikasi stor dan pemeriksaan stor.

Pembangunan Sosial Untuk Belia
1.Perancangan dan penyelarasan program pengukuhan NGO belia.
2.Program pertukaran belia.
3.Program Integrasi Nasional.
4.Program Pembangunan Kepimpinan Belia Asean.

Pembangunan Rekreasi
1.Meningkatkan infrastruktur,pengerak,penggalakkan dan sukarelawan bagi membangunkan rekreasi.
2.Penyelarasan program rekreasi bersama badan-badan rekreasi dalam budaya hidup sihat.

Saranan saya untuk anda,buatlah persediaan yang terbaik jika anda mahu kejayaan dalam temuduga kerja kerajaan Pegawai Belia Dan Sukan yang bakal anda hadiri.
Untuk menghadiri temuduga, sememangnya kita perlu membuat persiapan rapi yang awal. Dengan membuat persiapan awal ianya membantu kita untuk menjadi lebih tenang, berkeyakinan.
Tips saya, untuk membuat persiapan beberapa pendekatan boleh diambil:
1. Cari bahan-bahan rujukan temuduga.Salah satunya Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
2. Tanyakan pengalaman rakan-rakan yang pernah hadiri temuduga kerja tersebut.
3. Buat carian maklumat di Google berkenaan jawatan tersebut.
4. Dan boleh juga layari perkongsian di kerja-kerajaan.com/blog
5. Berbincang di ruangan komen di post ini.

Bahan Rujukan
Jika anda rajin, anda boleh menambah bahan pembacaan anda dengan membaca bahan-bahan rujukan berikut yang boleh didapati di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Kementerian Belia Dan Sukan.

1.Perintah Am
2.Arahan Perbendaharaan
3.Tatacara Pengurusan Stor
4.Pekeliling Perkhidmatan / Surat Pekeliling Perkhidmatan
5.Pekeliling Perbendaharaan / Surat Pekeliling Perbendaharaan
6.Arahan Perkhidmatan
7.Arahan Keselamatan
8.Pekeliling-pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
- PKPA Bil. 1 Tahun 1991
- PKPA Bil. 2 Tahun 1991
- PKPA Bil. 4 Tahun 1991
- PKPA Bil. 6 Tahun 1991
- PKPA Bil. 7 Tahun 1991
- PKPA Bil. 8 Tahun 1991
- PKPA Bil. 10 Tahun 1991
- PKPA Bil. 1 Tahun 1992
- PKPA Bil. 3 Tahun 1993
9.Buku  “Upholding The Integrity of The Malaysian Civil Service”
10.Buku Pelan Integriti Nasional
11.Perlembagaan Persekutuan
- Bahagian II (Kebebasan Asasi)
- Bahagian III (Kewarganegaraan)
- Bahagian IV (Persekutuan)

12.Dasar-dasar kerajaan yang berkaitan seperti di dalam sukatan peperiksaan ini.
xiii.     Dasar-dasar Pembangunan Malaysia (INTAN)
xiv.      Tonggak Dua Belas (INTAN)
xv.       Citra Karya (INTAN)
xvi.      Wawasan 2020
xvii.     Prinsip Islam Hadhari
13.Kertas Pelaksanaan Program 3 S
14.Kertas garis Panduan Anugerah Belia Negara
15.Kertas pelaksanaan Hari Belia Negara
16.Kertas-kertas maklumat aktiviti pembangunan sahsiah
17.Kertas Pelaksanaan Tabung Amanah Pembangunan Ekonomi Belia
18.Kertas Pelaksanaan Program Persijilan Sains Komputer
19.Risalah Maklumat Program Rakan Muda – 2001
20.Risalah Fasa Pembangunan Rakan Muda dan Pensektoran Rakan Muda

21.Risalah dan Kertas Maklumat Program Pertukaran   Belia Antarabangsa
x        Laporan Persidangan/Seminar/Program Belia Antarabangsa
xi.      Kajian Belia Lepak – 1993
xii.     Tatacara Menubuhkan Pertubuhan Belia
xiii.    Lima Agenda Arus Perdana Memperkasa Persatuan Belia
xviii.   Tabung Amanah Pembangunan Ekonomi Belia
xvi.     Program IT – Base

22.Dasar Pembangunan Belia Negara
23.Buku Wawasan Program Rakan Muda
24.Buku maklumat Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda – 2001 terbitan
25.Pusat Belia Antarabangsa dengan kerjasama KBS
iv.      Kod Amalan Program Rakan Muda
v.       Rukun Rakan Muda
vi.      Perlembagaan Majlis Perundingan Belia Negara
vii.     Pergerakan Belia di Malaysia – Dr. Fauzi B. Hj. Mohd. Basri
viii.    Persatuan  Belia  di  Malaysia  –  Perkembangan  dan  Penyerlahan

26.Potensi  –  Azimi  Hamzah,  Turiman  Suandi  Ezhar  Tamam,  Unit  Pengajian  Pembangunan  Belia,UPM 2002
27.Belia  dan  Masyarakat  –  Azizan  Bahari,  Belia  dan  Masyarakat,  Akedemi  Art  and Printing Services Sdn. Bhd.
28.Gerakan Belia di Malaysia – Husein Mohamad, Gateway Publishing House. Kuala Lumpur, 1992.
29.Laporan-laporan Tahunan Bahagian Pembangunan Belia KBS
30.Pengukuhan Sinergi Belia dan Negara, Azimi Hamzah, Turiman Suandi, UPM
31.Dasar Sukan Negara
32.Risalah Malaysia Cergas
33.Gimnasium Rakyat
34.Pelancaran Tahun Sukan Untuk Semua – Risalah Sukan Untuk Semua Jogging Untuk Anda 

35.Abdul Rahim Ahmad, Mengimplementasikan “Prinsip Sukan Untuk Semua” dalam konteks  sosio-ekonomi  dan  kebudayaan  di  negara-negara  Asia  dan  Pasifik.
36.Laporan Tahunan Bahagian Pembangunan Sukan
37.Akta Pembangunan Sukan 1997
38.Majlis Kecergasan Kebangsaan
39.Kertas konsep dan profail projek Bahagian Pembangunan Sukan
40.Development of Instructional Learning Materials
41.Learning Guide
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.