Hai... Hai... Hai.. Korang semua apa khbar..? Rasanya dah lama aku x update entri dalam blog ini. Kalau adapun aku update, itu semua entri yang aku DRAF dari awal, lepas tu aku buat "schedulu post", Kalau buat mcm ni senang sikit, sebabnya entri akan post secara automatik mengikut jadual yang sudah ditetapkan.
Ok, tak mau intro berjela-jela. Nanti korang naik menyampah baca intro post aku. Kali ni, Aku nak share serba sedikit info yang aku tau tentang penyakit kencing manis.
Kencing manis tidak bermakna air kencing korang akan jadi manis seperti air gula. Kencing manis adalah istilah yang digunakan dalam bidang kedoktoran atau kesihatan untuk merujuk kepada penyakit seseorang yang mempunyai paras gula yang tinggi dalam tubuh korang.
Ok... kalau korang tak percaya, korang boleh kencing lepas tu korang rasa. Manis tak..? confirm masin.. sebabnya air kencing mengandungi garam mineral yang telah diproses oleh buah pinggang dalam badan kita.
Macam konfiden jer apa yang aku cakap ni kan...? tapi... tak bermakna aku pernah cuba try test tengok and rasa air kencing aku sendiri. Semua tu korang boleh search kat pakcik google.
Ok... seterusnya, aku akan jelaskan 5 tahap kencing manis. berikut adalah tahap kencing manis atau diabetes.
Tahap Kencing Manis
Tahap 1 - Bila anda kencing, semut akan mengelilingi air kencing anda.
Tahap 2 - Teruk sikit. Bila nak pergi kencing semut follow dari belakang.
Tahap 3 - Lagi teruk. Bila nak kencing, semut dah tunggu dalam bilik air.
Tahap 4 - Paling teruk. Bila anda kencing keluar semut 3-4 ekor.
Tahap 5 - Seteruk-teruknya. Anda suka "kencing" kawan-kawan anda.
HeHeHeHe... releks la.. aku gurau je. korang jangan marah dengan apa yang aku merepek kat atas tu..
Ok... kali ni serius... Jom baca info seterusnya.. :)
Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus
merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan
hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya
selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
- Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
- Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat
ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi
penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
- Penjagaan pemakanan dan berat badan
- Kerap bersenam
- Pengubatan
- Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
Akhir kata dari AkuBlogger Mengiring " bila badan sihat, otak pun cerdas"
Suka dengan entri ini...? jangan malu, jangan segan.. jom sama-sama kita share...