Google+ Followers

Kesan & Bahaya Ganja

Published On :)
sumber gambar "google"

Ganja

Ganja (Inggeris Marijuana) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa. Perkataan "Ganja" berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud "Resin/getah dari pokok berserabut". Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan. 

Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau). Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang jika dadah ini dimakan. Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2 setengah jam atau lebih lama jika dimakan. 

Ganja atau lebih dikenali juga sebagai kanabis adalah sejenis bahan kompleks yang mengandungi 421 jenis bahan kimia yang tergolong dalam 18 kelas berbeza. Bahan psikoaktifnya yang utama ialag delta 9 - tetrahidokabinol (THC). THC serta bahan kima lain dalam ganja boleh larut minyak dan tinggal terus di dalam lemak sel darah. Terdapat 62 bahan kimia kanabinoid lain yang terdiri daripada bahan kanabinol dan kanabinol yang bertindak menyokong kesan THC - kesan sinergi.

Cara Penggunaan Ganja :

-Hisap

Kesan Ganja :

  • Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih merasa khayal dan mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikan.
  • Akan mengalami toxic psychosis atau tidak siuman.
Pengambilan dan memiliki ganja adalah haram di kebanyakan negara, dan telah diselubungi kontroversi mengenai penggunaannya dalam perubatan. 

Ganja mengandungi lebih 421 bahan kimia dan kesannya kepada manusia bergantung kepada individu dan situasi. 

Ini menyebabkan kesan ganja agak sukar untuk diperhati dan dikaji.
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.