Kepada tuan punya status,
dengan ini saya meminta izin
daripada anda supaya saya boleh
mengomen status anda. Suka
atau tidak terpulang kepada anda
untuk membacanya dan berharap
anda dapat memahami apa yang
saya komen. Sebenarnya saya
tidak ...tahu apa yang saya
komenkan di sini, tapi sebagai
tukang komen status,
bahawasanya status anda terpilih
untuk dikomen oleh saya, sesuai
dengan kerja saya sebagai tukang
komen. Sekali lagi saya
menyatakan bahawa diharap
anda dapat memahami komen
saya kerana apa yang saya
komenkan disini amatlah panjang.
Tapi tidak salahlah jika komen
saya panjang jika isinya padat dan
lengkap memenuhi informasi
semasa. Mungkin anda hairan
apa yang saya komenkan disini,
tapi ternyata status anda memang
tiada kaitan dengan apa yang
saya komenkan kerana secara
tidak langsung komen saya ini
akan memberi manafaat kepada
status anda supaya status anda
lebih menyerlah berbanding
biasa. Dengan itu teruslah
membaca komen saya kerana apa
yang saya komenkan disini akan
memberi inspirasi kepada anda
untuk mengupdate status baru
yang lebih informatif, kreatif,
progresif dan innovatif. Namun
cerita saya disini belum habisnya,
masih ada banyak lagi
kesempatan yang saya ingin
komenkan disini selagi facebook
masih online selagi itulah saya
tidak hentinya mengomen status
siapa-siapa saja yang saya mahu
komen. Jadi anda harus berasa
bertuah kerana anda bukan saja
terpilih, tetapi status anda
menang menjadi kesukaan saya,
ya saya suka dengan status anda
dengan itulah saya tidak henti
mengomen tentang kesukaan
saya terhadap status anda.
Namun komen saya belum lagi
berakhir disini. Mungkin anda
berasa pening mahupun juling
kerana membacanya tetapi
tangan saya masih mampu untuk
menaip komen untuk anda
biarpun apa yang saya fikirkan di
benak fikiran hanyalah kosong
tetapi tangan ini terus menaip
komen. Alangkah sukanya saya
jika dapat mengomen status anda
di hari-hari yang berikutnya selagi
facebook masih online, maka
disitulah saya mengomen dan
terus mengomen siapa saja yang
saya suka. Jikalaulah anda tidak
meneruskan membaca komen
saya disini, mungkin anda telah
pengsan, mahupun sedang
dibawa ambulance pergi hospital,
tetapi jika anda sedang membaca
apa yang saya komenkan disini,
maka tahniah!! kerana anda
seorang yang penyabar. Kerana
itulah saya menyukai anda dan
juga status anda. Maka dengan
itulah lah saya akhiri komen saya
disini. Tidaklah saya mampu
untuk menaip dengan lebih
panjang lagi kerana apa yang
saya komenkan tidaklah saya
sendiri memahaminya, adalah
kemungkinan anda seorang yang
gila membacanya. Namun
ketahuilah anda bahawa dalam
pada saya sedang menaip komen
anda, telah habis Mee Sedap 3
bungkus dikala mencari idea
untuk menaip komen status anda.
Ya itulah kesanggupan saya
mengomen status anda, dan
dengan itulah berakhirnya komen
saya disini