Google+ Followers

Arnoud van Doorn, Penerbit Filem Menghina Nabi Muhammad s.a.w Menunaikan Ibadat Haji

Published On :)
Arnoud van Doorn (kanan)
Hidayah itu milik Allah s.w.t. Seperti mana yang kita sedia maklum jika Allah mengkehendaki sesuatu terjadi, maka jadilah ia, "kun fa ya kun". Setiap manusia mempunyai nasib dan rezeki yang berbeza. Sesungguhnya Dia maha mengetahui.

Kita sebagai manusia seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada. Bahkan kita seharusnya berusaha untuk menjadi yang lebih baik seterusnya istiqamah dengan kebaikan yang kita amalkan di muka bumi ini. Yakin dan percaya adalah elemen penting dalam meneruskan usaha yang murni.

Adakah kita begitu sempurna untuk memkritik apa yang pernah mereka lakukan? Tepuk dada tanya iman kita sendiri. Kita lebih mengenali diri kita sendiri berbanding orang lain,  Arnoud van Doorn telah diberi hidayah Allah s.w.t setelah mencetuskan kontroversi. Semoga kita juga akan diberikan hidayah oleh Allah s.w.t.,  mudah-mudahan....

RIYADH : Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini. 

Arnoud van Doorn dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira setahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya.

Van Doorn yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji.

Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat. "Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji,” beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar itu semalam. Sambil tersenyum, van Doorn menyatakan beliau merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan ketika menjejakkan kaki ke tanah suci.

Air matanya tidak henti-henti mengalir, menurut akhbar itu.

"Pada mulanya, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh saya pada peringkat awal saya memeluk Islam kerana saya bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di persekitaran Islam. "Walau bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan agama yang agung ini.

“Saya berasa teruja untuk mendalami dan mengetahui tentang Islam. Lalu saya membaca banyak tentang Islam sehinggalah ia meresap ke dalam hati saya dan fikiran saya mengatakan bahawa agama Islam membawa satu mesej yang besar dan mulia.

"Kemudian perasaan tersebut semakin kuat sehingga hati saya terbuka lalu saya membuat keputusan untuk memeluk Islam. Sekarang saya bersyukur dan merasa amat bahagia serta memiliki ketenangan jiwa. "Sebelum memeluk Islam, saya hanya membayangkan bahawa hidup ini hanya untuk menyedut udara sahaja.

"Saya dapati tidak ada ketenangan yang sempurna sehinggalah saya menziarahi makam Rasulullah S.A.W dan ketika itulah saya berhasrat untuk menerbitkan filem berkenaan keperibadian baginda yang mulia,” katanya. van Doorn berkata ini kali pertama beliau mengerjakan haji dan kali kedua menjejakkan kaki ke tanah suci selepas melakukan umrah pada Februari lepas.

Katanya selepas selesai menyempurnakan urusan haji, beliau bercadang meluangkan masa beberapa hari di Madinah al-Munawwarah kerana beliau berasa amat selesa dan aman untuk membaca al-Quran dan kitab-kitab agama di Masjid Nabawi. - BERNAMA 

SUMBER : Harian Metro
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.