Apakah anda tahu apa itu Obesiti? Bagaimanakah mengetahui anda tergolong dalam kategori obesiti?
Isu Obesiti merupakan salah satu masalah kesihatan yang utama di dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali.
Pelbagai produk ditawarkan dalam pasaran yang mendakwa boleh membantu dalam pengurangan berat badan dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.
Kali ini, Aku ingin berkongsi beberapa panduan ringkas untuk pengguna dan pembaca blog ini dalam mengatasi isu berat badan yang berlebihan.
Sekiranya tips dan petua ini diamalkan dan diteruskan secara berterusan, anda mungkin akan nampak hasilnya setelah beberapa minggu mengamalkannya.
1 - Tetapkan matlamat untuk mengurangkan berat badan sebanyak 0.5 hingga 1kg dalam masa seminggu.
2 - Tingkatkan aktiviti fizikal harian secara beransur-ansur seperti :
- Gunakan tangga daripada menggunakan lif atau eskulator.
- Biasakan berjalan kaki untuk jarak yang dekat daripada memandu.
- Cucilah kereta anda sendiri, berkemas dan bersihkan rumah, berkebun atau memotong rumput di rumah sendiri.
3 - Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 -30 minit setiap kali dengan pergerakan sederhana aktif seperti berjalan cepat, berenang, berbasikal atau bermain badminton.
4 - Awasi apa yang anda makan. kurangkan pengambilan makanan dan snek yang mengandungi tinggi kalori, lemak dan gula.
5 - Elakkan daripada makan terlalu banyak, makan sedikit sedikit tetapi kerap.
6 - Tetapkan waktu makan anda.
7 - timbang berat badan anda sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Anda rasa info ini bermanfaat...?Terima kasih kerana sudi berkongsi dengan rakan yang lain.