Apakah anda tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri? Jika anda menjawab "YA" ini bermakna anda tergolong dalam kalangan individu yang mempunyai tahap motivasi yang rendah. Sebagai contoh, anda tidak berani memberi sebarang pendapat sekiranya guru atau pensyarah bertanyakan soalan kepada anda.
Terdapat pelbagai cara untuk anda meningkatkan daya keyakinan dalam diri. Keyakinan dalam diri boleh dibentuk sekiranya anda menyedari akan kelemahan diri sendiri. Kenal pasti apakah kelemahan diri anda dan cuba memperbaiki secara beransur-ansur.
Entri kali ini aku cuba berkongsi pandangan dan cara-cara untuk meningkatkan keyakinan dalam diri anda. Lain orang, lain caranya, Oleh itu, anda perlu membuat percubaan "test and error".
Di antara cara yang biasa digunakan bagi meningkatkan kembali motivasi diri adalah dengan:
- Mendapatkan pengetahuan motivasi sama ada melalui pembacaan, menghadiri suatu acara, mendengar nasihat, menonton video dan sebagainya
- Berehat daripada sebarang aktiviti untuk sementara waktu
- ‘Enjoy’ bersama rakan-rakan
- Membawa diri untuk mencari ketenangan
- Menghabiskan masa dengan hobi
- Berkongsi masalah bersama rakan karib.
Kebanyakan cara yang disenaraikan betul. Namun di sebalik semua itu, cara yang baik untuk mengembalikan motivasi diri adalah dengan kembali kepada fitrah.
Tips di atas adalah proses umum yang boleh kita amalkan untuk meningkatkan daya motivasi dalam diri.
Berikut adalah 21 cara berkesan untuk meningkatkan motivasi dalam diri.
- Kenal pasti apa yang menyebabkan anda kehilangan semangat atau motivasi dan fikirkan langkah terdekat yang anda patut lakukan untuk mengembalikan atau meningkatkan motivasi diri anda.
- Baca buku
motivasi terutamanya biografi orang-orang
yang berjaya.
- Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah daripada Allah.
- Mendengar
lagu-lagu yang dapat
memberi
semangat dan inspirasi kepada anda.
- Mencipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun boleh.”
- Tidur sehingga anda benar-benar sihat dan
segar semula.
Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan kebosanan.
- Bersenam
atau melakukan aktiviti-akitiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali
seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat cergas dan cerdas.
- Bertekad
untuk menyiapkan
semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda
hadapi dengan penuh kesungguhan sehingga selesai!
- Membuat atau kaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
- Menghadiri seminar motivasi.
- Mendirikan
sembahyang / solat
khusus untuk
mendapat taufik, keampunan dan petunjuk dari Allah S.W.T.
- Bermain
musik kegemaran anda sekiranya anda pandai bermain alat musik - mana
tahu dapat pula mencipta suatu musik atau lagu yang hebat!
- Menatap gambar-gambar yang dapat memberi inspirasi dan semangat baru kepada anda.
- Meditasi.
- Menyusunatur
pejabat / rumah /
fail, kemas rumah dsb.
- Berjumpa
dengan kaunselor untuk
mendapat
khidmat nasihat.
- Berjumpa
dengan kawan-kawan yang
positif
untuk mendapat pandangan atau nasihat.
- Keluar makan dengan keluarga atau dengan kawan-kawan rapat.
- Beriadah -
bersiar-siar bersama
ahli keluarga - tempat yang baik untuk melakukan ini ialah
bersiar-siar di Mall yang besar dengan berjalan agak laju sedikit.
- Mengadakan
kenduri doa
selamat.
- Melancong di dalam atau ke luar negara.
Semoga apa yang saya cuba kongsikan memberi manfaat kepada kita semua.. Terima kasih kerana sudi membaca entri ini sehingga habis.. :)
Suka dengan entri ini? kongsikan bersama rakan yang lain...