Panduan memilih makanan yang sihat

Published On :)

1 - Pilih makanan daripada lima kumpulan makanan berdasarkan Piramid makanan Malaysia untuk memastikan anda mendapat semua nutrien yang diperlukan.

2 - Pelbagaikan jenis makanan dalam setiap kumpulan makanan dalam hidangan anda.

3 - Pilih makanan yang tinggi serat seperti oat dan roti bijiran penuh.

4 - Makan sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran dan sekurang-kurangnya dua sajian buah-buahan setiap hari.

5 - Makan satu sajian ikan setiap hari.

6 - Hadkan pengambilan makanan bergoreng kerana ia akan meningkatkan kandungan lemak dan kalori.

7 - Pilih cara masakan yang sihat seperti mengukus, merebus, mereneh, membakar atau memanggang.

8 - Baca panel maklumat pemakanan dan senarai ramuan pada bungkusan untuk memilih produk yang rendah lemak dan garam. Daging atau ayam yang diproses seperti daging luncheon dan sosej biasanya mengandungi kandungan lemak dan garam yang tinggi.

9 - Pilih susu dan produk tenusu yang rendah lemak berbanding dengan susu penuh krim.

10 - Kurangkan penggunaan garam dan perisa monosodium glutamat (MSG), kicap, sos tiram, sos tomato, dan kiub perisa dalam masakan atau makanan.

11 - Gunakan perencah asli seperti bawang putih, bawang besar, rempah kari, lada putih, serai, halia dan limau untuk meningkatkan rasa makanan berbanding perisa tiruan.

sumber Buku Panduan Perlindungan Kendiri Pengguna (KPDNKK)
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.