1. Hulurkan sejambak bunga
ke rumah atau ke pejabatnya. Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan
yang ditulis kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga
pilihan anda, adalah bunga kegemaran si dia.
2. Coklat boleh memberikan
ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan
kepadanya sebagai tanda anda memohon maaf. Paling romantik jika coklat
tersebut anda suapkan ke mulutnya sebagai tanda anda begitu mencintainya
dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi.
3. Tulis sebuah kad ucapan yang memuatkan 10 sebab mengapa si dia perlu memaafkan anda.
Sebab pertama sudah tentulah kerana kamu amat mencintainya dan tidak
mahu kehilangannya. Pasti si dia berbahagia apabila membaca kad ucapan
yang ringkas tetapi cukup menyentuh hati itu.
4. Bagi mereka yang agak jiwang atau meminati muzik, apa kata kamu tujukan sebuah lagu
kepadanya melalui radio kegemaran anda berdua dengan ucapan memohon
maaf. Tambah romantik jika anda sendiri yang menyanyikan lagu tersebut.
Si dia yang mendengar sudah pasti sangat terharu dan menghargai
kesungguhan anda memohon maaf.
5. Jika berkesempatan, tunjukkan kemahiran memasak
anda. Sediakan menu kesukaannya dan layanlah si dia sebaik mungkin.
Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat, si dia pasti akan
melupakan rajuknya.
6. Bagi mereka yang berkemampuan, bawalah pasangan anda yang merajuk itu ke pusat-pusat percutian
kegemarannya yang mampu memberikan ketenangan. Dengan suasana yang
nyaman, si dia pasti lebih mudah mendengar penjelasan yang anda mahu
berikan serta memaafkan anda. Bagi mereka yang kurang mampu, ajaklah si
dia ke lokasi yang banyak menyimpan kenangan manis di antara anda
berdua.
7. Imbas kembali kenangan-kenangan manis
yang tercipta di antara anda berdua. Dengan kenangan manis tersebut,
mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan anda di atas segala
masalah yang terjadi. Tidak salah jika sesekali anda mengalah demi insan
yang tersayang. Apa yang penting hubungan cinta yang terjalin tidak
putus di pertengahan jalan.
8. Hantarkan sekeping kad memohon maaf dan sekuntum bunga ke kediamannya sebelum dia keluar bekerja.
Si dia pasti akan terharu melihat kesungguhan anda yang sanggup bangun
awal pagi semata-mata untuk menyatakan maaf. Jika si dia telah memaafkan
anda, ambil kesempatan itu untuk menghantarnya ke tempat kerja dan
elakkan perbualan ke arah punca perselisihan faham yang terjadi sebelum
ini.
9. Ada juga individu yang tidak mempercayai daya tarikan yang ada pada
sekeping kad atau sejambak bunga untuk meminta maaf. Kalau begitu
gunakan kata-kata indah yang
paling romantik untuk memohon maaf. Paling penting hadir dengan wajah
yang ikhlas serta senyuman yang jujur. Harus diingat, wajah mereka yang
terpaksa sangat mudah kelihatan dalam situasi seperti ini.
10. Cara terakhir, apa kata anda hantarkan SMS atau emel
yang mampu membuatkan si dia ketawa. Dalam masa yang sama, turut
selitkan kata-kata maaf agar si dia dapat memaafkan anda. Mood yang baik
serta suasana yang ceria mampu mengembalikan rasa percaya si dia kepada
anda. Tetapi awas, jangan ulangi kesilapan yang sama buat kali kedua.