Untuk menjadikan diri anda sentiasa proaktif & kreatif, kesihatan badan perlulah dijaga. Kebanyakan masalah para designer dan editor, mereka tidak mempunyai masa yang sesuai untuk keluar bersenam dan makan makanan yang sihat. Makanan segera (fast food) selalunya menjadi pilihan utama kerana ianya sedap dan pantas.
Kesudahannya, perut akan jadi masalah. Kalau tak sakit yang lain, perut akan membuncit sebab kurang bersenam dan tidak mengambil pemakanan yang sihat dan mencukupi.
Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa langkah yang anda boleh praktikkan bagi mengatasi masalah di atas.
1. Sentiasa membawa air mineral
Untuk kekal bertenaga, ia adalah idea yang baik sekiranya anda sentiasa membawa sebotol air mineral bersama anda tidak kira dimana jua. Anda akan rasa lebih bertenaga dan lama kelamaan anda akan kurangkan minuman soda dan air gula yang berlebihan. Ini adalah salah satu jalan pintas untuk hilangkan lemak di perut, ayuhlah kita cuba dalam masa seminggu dan lihat perubahannya!
2. Tidak mengambil makanan segera (Fast Food)
Makanan segera merupakan penyumbang utama kepada lemak di perut. Ia memang sangat menyelerakan namun makanan segera mengandungi banyak kalori dan lemak yang menyebabkan lemak di perut dan pinggul. Katakan tidak kepada makanan segera atau sekurang-kurangya untuk makanan segera cara yang sihat, contohnya salad tanpa ayam goreng atau kalori yang tidak tinggi. Tetapi sekiranya anda benar benar mahu hilangkan lemak di perut, elakkan pengambilan makanan segera.
3. Tidak mengambil soda
Soda mempunyai kalori yang sangat tinggi berbanding dengan pengambilan pisang yang banyak, yang tidak ada nutrisi. Kebanyak kalori dari soda datagnya dari fruktosa air gula yang sangat tinggi dimana badan kita tidak dapat memproses dan kemudiannya berakhir menjadi lemak perut. Buangkan soda dalam hidup dan selamatkan kalori-kalori dengan perkara yang lebih baik untuk membakar lemak perut.
4. Kurangkan berat badan dengan melakukan senaman
Dalam jumlah yang sederhana, anda perlu melakukan pelbagai jenis senaman contohnya senaman berjalan pantas, joging, berenang dan lain-lain. Ingat, keseluruhan senaman dan nutrisi merupakan kunci untuk hilangkan lemak di perut!
5. Melakukan senaman dengan penuh kenikmatan
Ia adalah sangat penting untuk anda memilih jenis senaman yang anda suka dan jadikan ia sebagai rutin hidup. Sekiranya anda gemar menari, anda boleh mencuba untuk ke kelas Zumba pada hujung minggu termasuk juga dengan senaman aerobik.
6. Jangan sampai kebulurkan diri
Kebulurkan diri tidak akan langsung membantu anda untuk membakar lemak perut. Hilangkan kalori tidak semestinya dengan tidak menyentuh makanan tetapi dengan mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang. Membiarkan diri anda kebuluran merupakan perkara yang sangat bahaya dan tidak sihat, malah ia alangsung tidak membantu! Ia boleh merosakkan metabolisma lalu membawa kepada banyak masalah kesihatan. Jangan buat kesilapan dengan menganggap tidak makan waktu pagi dan waktu yang lain boleh menyebabkan berat badan turun.
7. Matlamat untuk hilangkan lemak perut dengan cepat
Selepas beberapa minggu anda mendapati berat badan masih lagi tidak turun. Jangan berputus asa! Itu adalah salah satu tanda badan anda sedang berusaha untuk mencapai hasil positif yang selama ini ada usahakan. Teruskan perjuangan anda! Anda hampir mencapai matlamat anda untuk menghilangkan lemak di perut.
8. Minum segelas air putih sebelum makan
Kebiasaanya kalau anda dahaga, anda akan makan. Pelik tapi benar. Oleh itu, sebelum anda makan, anda disyorkan untuk minum segelas air sejuk beberapa minit sebelum menikmati hidangan anda. Anda akan terkejut melihat perubahnnya. Jom cuba!
9. Makan 5 hidangan yang sikit setiap sehari
Lebih baik anda mengambil lima hidangan yang sikit setiap hari daripada mengambil tiga hidangan yang banyak setiap hari. Contohnya, sarapan pagi yang ringan, snek untuk pagi, makanan tengahari yang ringan, snek petang dan makan malam yang seimbang. Untuk peringatan, snek tidak semestinya makanan yang tidak sihat, cari yang berkhasiat! Oleh itu, rancanglah pemakanan anda lima kali sehari dengan bijak dan lama-kelamaan ia akan menjadi rutin hidup yang sihat.
10. Abaikan komersial produk hilangkan lemak perut dengan cepat
Jangan terpedaya dengan komesial produk yang menjanjikan pil diet, alatan senaman dan yang menggunakan selebriti untuk meyakinkan anda. Semua itu adalah tipu daya sahaja. Cara yang paling berkesan hanyalah dengan tukarkan pemakanan yang sihat dan bersenam.
Petua Membuang Lemak Badan Yang dicadangkan Oleh Blogger Mengiring
Petua 1 : Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
Petua 2 : Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.