Punca zakar lembik, tidak tegang

Published On :)

Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.

SAYA membuat pemeriksaan kesihatan hampir dua bulan lalu. Daripada pemeriksaan itu, air kencing saya didapati tidak mengalami masalah berdasarkan hasil ujian.

Namun, saya didapati mengalami tekanan darah agak rendah iaitu kira-kira 68mmHg. Selepas pemeriksaan kesihatan itu, saya mendapatkan urutan tradisional seluruh badan termasuk alat kelamin.

Selepas selesai proses urutan, zakar saya terasa sakit dan mengecut. Dua hari kemudian, zakar terasa sejuk. Mengapa ini berlaku?

Mahu Kepastian

ADA beberapa sebab mengapa buah zakar boleh kelihatan lembik dan tidak tegar. Selalunya, masalah ini berpunca daripada keadaan yang dikenal pasti sebagai hydrocele.

Ini adalah keadaan di mana cecair berkumpul dalam selaput buah zakar lalu menyebabkan ia terasa lembik. Dalam banyak keadaan, hydrocele ini tidak merbahaya dan tidak perlu dirawat.

Pembedahan hanya perlu dilakukan jika ia menjadi besar dan mengganggu aktiviti seseorang. Selain itu, buah zakar juga boleh menjadi lembik selepas infeksi. Ini termasuk jangkitan virus dan bakteria.

Dalam situasi ini, buah zakar selalunya akan membengkak dan kulit kerandut zakar akan menjadi merah terlebih dahulu. Pesakit juga akan mengadu sakit pada bahagian buah zakar dan kerap diikuti demam.

Selepas bengkak surut dan sakit hilang, sesetengah pesakit mendapati buah zakar menjadi lembik dan lebih kecil dari biasa. Bagaimanapun, keadaan fizikal buah zakar tidak dapat menentukan kualiti dan kuantiti sperma.

Saya nasihatkan saudara berjumpa doktor. Ujian ultrasound boleh dilakukan untuk mengetahui saiz sebenar buah zakar. Selain itu, anda dapat mengetahui status sebenar buah zakar sama ada pejal atau mengandungi cecair.
Untuk memeriksa kualiti dan kuantiti sperma, ujian air mani boleh dilakukan. Sebaik air mani diperoleh, ia akan diperiksa di bawah mikroskop lalu kadar kualiti, kuantiti dan mobiliti sperma dapat ditentukan.

BERITA HARIAN, Sabtu, 22 Ogos 2009
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.