Google+ Followers

Remaja hina ibubapa dalam laman sosial

Published On :)
Selesai makan tengah hari aku mula rasa mengantuk, padahal assigment aku ada 5 lagi yang belum siap... Hidup bergelar pelajar inilah adat resamnya, tugasan tidak pernah lari dari hidup seorang pelajar. kalau tidak buat assignment, itu bukan pelajar namanya. 

Alhamdulillah... hari ni aku makan nasi + ayam goreng. Menu yang simple, tapi aku kenyang. itu saja rezeki aku untuk tengahari ini. Tapi bukan itu yang aku nak berkongsi pada hari ini. Aku sekadar ingin berkongsi masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin menjadi-jadi pada masa ini...

Siapa yang harus dipersalahkan...? ibubapa..? masyarakat..? kerajaan..? atau mungkin juga laman sosial yang semakin berleluasa pada masa kini..? Bak kata orang tua-tua, tepuk dada tanya iman... 

Tak habis-habis kita menunding jadi kepada orang lain. Padahal diri sendiri yang bersalah, tapi masih ego dan hipokrit untuk mengaku kesalahan diri sendiri. Ibubapa, masyarakat dan kerajaan hanya sekadar membantu memperbetulkan kesalahan yang kita lakukan. Kalau sudah ditegur, jangan pula ego. Sebaliknya terimah lah teguran tersebut dengan hati yang terbuka dan cubalah berubah.

Ok.. sekarang aku nak tunjukkan pada korang semua salah satu fenomena terbaru.. Ianya berpunca apabila remaja ini tidak berpuas hati terhadap kedua ibubapanya, Lalu dia meluahkan rasa tidak puas hati tersebut dalam laman sosial FACEBOOK.

Right Click & Open New Tab untuk baca apa yang di tulis

Kurang ajar tak..? bagi aku budak ni memang kurang ajar. Aku yakin, kalaulah ibubapanya terbaca apa yang di post kan, aku pasti hati kedua ibubapanya akan hancur berkecai bagai gelas kaca jatuh ke lantai.

#semoga remaja ini sedar akan perbuatannya dan kembali berubah ke jalan yang lurus...
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.