Pada kebiasaannya, kaki ayam akan dimasukkan ke dalam sup ayam sebagai penambah rasa. Ianya akan membuatkan rasa sup menjadi lebih sedap.
Ada sesetangah orang tidak mengemari sup kaki ayam. Mungkin kerana ada anggapan yang mengatakan bahawa ianya kotor. (mungkin juga sebab ayam tidak memakai selipar).
Namun, kaki ayam dikatakan mempunyai khasiatnya yang tersendiri, ramai yang tidak tahu mengenai fakta ini.
Hari ini, aku nak kongsi sedikit info yang pada semua reader... semoga ianya berguna.
New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan
mampu mencegahberlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang
rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak
menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.
Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan
faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan
secara teratur.
Kaki ayam bantu cegah reput tulang
New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam
dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis
penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini
biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa
disedari.
Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya
dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan
nutrisi dan bersukan secara teratur.
Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.
Elak tulang rapuh
Tanda disedari, kaki ayam
juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh
disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi
untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.
Laman web firma
produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan
hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang
makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang.
“Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu.
Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia
kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan
kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna
kekuningan. - Agensi.
INFO: Kaki ayam
- Hydroxyapatite makanan untuk tulang berasal dari tulang makanan
- Kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia
- Kaya dengan khasiat protein pada kulit, otot, tulang dan kolagen
Suka dengan info ini...? silakan share...