1. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak [jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha]
2. Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut [Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan]
3. Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira]
4. Berbual di alang, belayar di luar musim [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai]
5. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar [Perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu]
6. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak]
7. Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap]
8. Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian]
9. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang [Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain]
10. Bertanjak baharu tinjau [Membuat kerja mengikut aturan]
11. Biar alah sabung, asalkan menang sorak [Tewas dalam perlawanan naun masih bercakap besar]
12. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati [Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia]
13. Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian [Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal]
14. Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil [Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah]
15. Biar genting, jangan putus [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]
16. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas [Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat]
17. Biar lambat asalkan selamat [Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati]
18. Biar mati anak jangan mati adat [Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban]
19. Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma [Biar mati kerana membuat kebaikan daripada mati kerana membuat kejahatan]
20. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut [Menyimpan rahsia]
21. Biar putih tulang jangan putih mata [Sanggup mati daripada menyerah kalah]
22. Biar senget, jangan tertiarap [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]
23. Biar titik, jangan tumpah [Biar rugi sedikit jangan rugi banyak]
24. Buang yang keruh, ambil yang jernih [Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja]
25. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali [Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba]
26. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit [Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu]
27. Cicir dipungut, hilang dicari [Jangan melakukan pembaziran]
28. Daripada cempedak baiklah nangka [Lebih baik ada daripada tiada langsung]
29. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga [Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik]
30. Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati [Jika
tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika
budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati]
31. Elok lenggang di tempat datar [Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya]
32. Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya [Jangan terlalu percaya akan kata-kata orang]
33. Genggam bara api biar sampai jadi arang [Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya]
34. Habis akal, baru tawakal [Sesudah habis segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan]
35. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga [Budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia]
36. Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa [Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat]
37. Hilang geli kerana geletek [Sesuatu yangc sudah biasa tidak berbekas kepada kita]
38. Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis [Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta]
39. Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak [Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing]
40. Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak [Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan]
41. Jangan bermain di air keruh [Jangan ditiru perbuatan yang buruk]
42. Jangan buat kerbau tanduk panjang [Jangan campuri urusan orang lain]
43. Jangan dibangunkan kucing tidur [Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa]
44. Jangan didengarkan siul ular [Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh]
45. Jangan difikir air pasang sahaja [Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik]
46. Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang [Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru]
47. Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis [Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak]
48. Jangan lemparkan pancing tiada berumpan [Sia-sia mengharapakn sesuatu kalau tidak cukup syarat]
49. Jangan mengukur baju orang di badan sendiri [Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri]
50. Jangan punting berasap jua [Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, jangan diungkit-ungkitkan lagi]
51. Jangan tercirit di periuk [Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang]
52. Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan [Mendengar nasihat pakar]
53. Kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga [Jangan lakukan apa-apa yang tidak mampu kita lakukan]
54. Kalau di bawah, melompat; kalau di atas, menyusup [Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan]
55. Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk [Jangan dilewat-lewatkan sebarang kerja yang baik]
56. Kusut di hujung balik ke pangkal [Apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya]
57. Mamah dulu baru telan [Melakukan sesuatu pekerjaan perlulah mengikut peraturannya]
58. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ]
59. Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang [Jika merantau ke negara asing, hendaklah melakukan perkara yang berguna dan tidak membuang masa begitu sahaja]
60. Naik tangga dari bawah [Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba]
61. Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai [Hidup akan senang kita berjimat cermat]
62. Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi [Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita]
63. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang [Cita-cita tidak akan tercapai jika malas berusaha]
64. Pipit itu pipit jugalah lawannya [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan tarafnya]
65. Sarang tebuan jangan dijolok [Jangan sengaja mencari kesusahan]
66. Sediakan payung sebelum hujan [Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu]
67. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit [Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan]
68. Segan berkayuh perahu hanyut [Orang yang malas berusaha akan menghadapi kesusahan]
69. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain [Tekun dan sabar membuat sesuatu kerja, akhirnya memperoleh kejayaan]
70. Sempit bertimpuh, lega berlunjur [Kita hendak menyesuaikan perbelanjaan denga pendapatan]
71. Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah [Hendak bersatu padu agar beroleh kekuatan untuk menang]
72. Sudah calit, jangan palit [Jangan membabitkan orang lain dalam kesalahan yang kita lakukan]
73. Tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga [Jika sesuatu kerja itu tidak dapat disudahkan dengan sekali gus, lakukanlah secara beransur-ansur]
74. Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang [Jangan harapkan bantuan orang untuk berjaya]
75. Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga [Tidak perlu menunjuk ajar orang yang memang mahir dalam pekerjaannya]
76. Tali jangan putus, kaitan jangan sekah [Menyelesaikan pertelingkahan atau masalah dengan bijaksana dan adil]
77. Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang [Jangan hina orang kecil, mana tahu dia dapat melebihi kita]
78. Tercicir harus dibaliki [Apa-apa yang belum selesai hendaklah diselesaikan]
79. Yang baik dipakai, yang buruk dibuang [Memilih kesesuaian sesuatu perkara itu hendaklah dengan bijaksana]
80. Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi [Membuat kerja biarlah sempurna jadinya]