Dua Pelajar IPTS Maut Kemalangan Di Kota Belud

Published On :)


KOTA KINABALU: Dua pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terbunuh sementara dua lagi rakan cedera setelah terlibat dalam satu kemalangan ngeri berhampiran Kilometer 14 Jalan Kota Belud-Kota Kinabalu dekat sini.
Difahamkan mangsa, Jeniffer L. Sevilla, 22, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian sementara rakannya dikenali sebagai Ady Mohd Firdaus Abdullah, 23, meninggal dunia di Hospital Kota Belud ekoranmengalami kecederaan serius di bahagian kepala.
Kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang Sabtu lalu dipercayai melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki mangsa dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke lorong kanan sebelum bertembung dengan sebuah bas kilang dari arah bertentangan.
Bas kilang terbabit yang membawa muatan seramai 31 penumpang, walau bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan dalam insiden itu.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Deputi Superintenden Mohan Nadasen yang mengesahkan kejadian itu berkata, insiden terbabit turut melibatkan sebuah bas kilang yang mengangkut 31 orang penumpang.
Menurutnya, kesemua yang menaiki kereta Kancil terbabit adalah pelajar di salah sebuah IPTS di Kota Kinabalu dan ketika kejadian difahamkan mereka telah hilang kawalan, sebelum terbabas ke sebelah jalan lalu bertembung dengan bas.
“Dua mangsa yang meninggal dunia adalah Jennifer dan Ady Mohd Firdaus Abdullah sementara seorang lagi penumpang dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut manakala pemandu kereta itu mengalami kecederaan di bahagian kepala, badan dan kiri.
“Bas kilang terbabit dinaiki oleh 31 orang penumpang dan tiada sebarang kecederaan dialami oleh pemandu dan penumpang bas berkenaan,” katanya sambil mendedahkan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam pada itu, Mohan menyeru kepada orang ramai agar berhati-hati semasa memandu terutamanya pengguna jalan raya di kawasan daerah Kota Belud memandangkan keadaan cuaca buruk dan hujan pada masa ini sehingga menyebabkan jalan licin.
#Ketam batu tengok pemandu-pemandu di sabah  kalau memandu ikut suka hati dorang jer,(tempat lain pun macam tu jugak) ketam tak salahkan orang mangsa yang terlibat dalam kemalangan seperti yang diceritakan diatas, Tapi apa y ketam batu cakap tadi adalah situasi pemandu d KK.. Harap mereka lebih berhati-hati dan ingatlah orang yang tersayang. 
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.