Blogger is the freedom of speech

Published On :)
Freedom of Speech

entri kali ni aku nak cakap tentang "blogger is the freedom of speech".. ops... sebelum tu aku nak ucapkan salam penyayang kepada yang singgah dan membaca entri aku. korang semua apa khabar? aku doakan korang sentiasa sihat dan hepi selalu hendaknya. kalau yang x brapa nak sihat tu cepat-cepat la ambil tindakan yang sepatutnya. mencegak itu lebih baik dari mengubati.. believe it!!!

aku yakin ramai di antara kamu yang suka berblogger.. ada yang berblogger sebab suka-suka, ada juga yang berblogger sebab nak luahkan apa di pendam dalam hati. ada juga yang berblogger sebab nak jadi "glemer", ada juga yang berblogger sebab nak kumpul maklumat (copy & paste).kenapa saya cakap mcm tu? this is because "blogger is the freedom of speech" banyak alasan dan sebab kenapa kamu berblogger. apapun alasan kamu semua kita adalah sama.. kita adalah blogger.

apa itu "blogger' ? istilah "blogger" diambil daripada bahasa asal itu "BLOG". macam mana terwujudnya perkataan "blogger" aku pun tak pasti, tapi yang pasti kita meminjam daripda bahasa inggeris untuk mewujudkan suatu perkataan baru. sememangnya diakui bahawa bahasa melayu sejak dari dulu lagi meminjam daripada bahasa asing untuk mewujudkan perkataan baru. kamu semua tahu tak tentang ini? kalau tak tahu, rujuk ngan guru bahasa melayu anda k.

kenapa aku cakap  "blogger is the freedom of speech" ?  salah satu sebabnya "Blogger is the freedom of speech" adalah tajuk entri aku kali ini. sebenarnya aku sendiri tak tau kenapa aku pilih tajuk ini. tapi yang pasti bunyinye sedap dan menarik. lebih menarik dari gulai tempoyak atau kari kepala ikan di restoran mamak. kalau di melayukan bunyinye lebih kurang "blogger adalah kebebasan bercakap atau berucap". so korang paham kan maksud tajuk entri aku kali ini. 

kamu semua setuju x kalau aku cakap "Blogger is the freedom of speech"? kalau setuju angkat tangan mcm usop welcha "tredmark" yang sangat popular ketika ini.. rasanya ramai yang setuju dengan aku. Ok, sekarang aku nak jelaskan kenapa aku cakap "Blogger is the freedom of speech".



1 - Blogger meluahkan apa yang dirasai

kebanyakkan blogger akan meluahkan isi hati mereka di dalam blog. kalau dulu-dulu kita menulis sesuatu kenangan yang tak dapat dilupakan di dalam DIARI. tapi kini blog adalag diari elektronik yang mengikut kemajuan peredaran zaman. ada jugak blogger yang menjadikan blog sebagai tempat untuk menceritakan kisah kehidupan atau peribadi mereka. apa yang aku nak jelaskan adalah blogger mencipta blog mengikut keselesaan masing-masing. tapi ada juga orang yang menulis blog untuk mengata atau mengumpat atau memburuk-burukkan orang lain. ermmmm..... yang ni aku no komen sebab dosa korang tanggung sendiri k. kubur kita lain, tapi destinasi kita sama. fikir-fikirkan.....

2 - Blogger memberi pandangan dan komen baru

setiap entri yang kamu semua keluarkan, pasti ada yang komen... ini menunjukkan bahawa pandangan atau cerita kamu itu mendapat perhatian atau galakkan dari blogger-blogger lain. kalau blogger lain singgah di blog kamu, tetapi mereka tidak memberi sebarang komen, itu tidak bermakna mereka tidak suka dengan entri kamu. anggap sajalah internet down masa dorang singgah di blog kamu.. jangan terasa hati jika mereka tak komen, sebaliknya jadikan ia sebagai satu pendorang untuk buat entri yang lebih menarik..

3 - Blogger mengutarakan isu yang dirasakan perlu


kalau ada isu terbaru atau isu semasa yang panas, pasti ramai blogger yang menjadikan tajuk isu itu sebagai entri terbaru blog mereka. ini bermakna blogger-blogger yang ada di malaysia ini prihatin dengan perkembangan isu-isu semasa. tindakan itu bagus kerana setiap isu yang di utarakan mendapatan liputan luas dan senang di akses kepada pembaca yang lain. ia sangat membantu kita untuk mengetahui banyak perkara.

4 - Blogger menjadikan BLOG sebagai medium perantaraan

sedar atau tidak, "berblog" membolehkan kita mengenali ramai orang selain "berfacebook". dengan adanya geng-geng blogger ia akan mewujudkan satu komuniti blogger di negara kita. kita boleh brinteraksi dengan blogger yang datang dari pelbagai kawasan dan mereka mempunyai pelbagai pengalaman yang kita boleh kongsikan bersama. inilah yang dikatakan blog sebagai medium perantaraan. apa yang di maksudkan dengan mediuam perantaraan ialah blog menjadi satu alat untuk kita berinteraksi dan menambah kenalan.. mungkin juga kamu akan bertemu jodoh disebabkan "berblog".

5 - Blogger meningkatkan kemahiran menaip, berkarya dan sebagainya

aku percaya kemahiran menaip dan berkarya kamu semua akan meningkat sekiranya kamu semua telah lama "berblog". kalau kamu tak percaya, tengok post entri kamu yang pertama.. ntah apa yang kamu merepek di sana.. kamu jak yang tau. hahaha.. aku pun dulu masa mula-mula buat blog, aku merepek je.. aku tak tau apa yang aku merepek.. aku sendiri x paham.. tapi lama-lama aku semakin mahir untuk "berblog". kamu pun mcm tu jugak kan? kalau setuju angkat tangan macam usop welcha.

ini adalah antara kenapa aku cakap "Blogger is the freedom of speech". sebenarnya banyak lagi sebab kenapa aku cakap blog sebagai satu tempat pengucapan yang bebas... kita punya hak untuk bersuara, tapi jangan lupa akan hal-hal sensetiviti perkauman, agama dan bangsa. kerana sesetiviti ini akan menimbulkan kemarahan pelbagai pihak. silap hari bulan mata kamu lebam.. apa pun thanks to u all sbb sudi singgah dan baca entri kali ini.

Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.