Google+ Followers

Kisah D'Labuan

Published On :)

rangka pakcik kfc yang aku buat time d labuan. kenangan first time g labuan.

kisah ni terjadi tanggal 3 April 2011 sewaktu kami geng2 penyayang umskk pergi ke umskal. 3 april adalah hari terakhir kami di labuan, keluar je dari umskal kami terus pergi ke bandar labuan untuk bershopping. konon2 nak beli coklat. maklum le, coklat je y murah kat sana. nak beli arak teman xleh nak minum arak. HARAM tu.....!!! nak beli rokok teman plak x hisap rokok. tapi benda lain teman isap. hehe.. ^_^

memandangkan duit program banyak baki, aku ajak la geng2 penyayang merangkap ajk pelaksana pgrogram untuk enjoy sambil menikmati kfc di labuan. first time aku makan kfc d labuan. excitednye rasa macam menunggu malam pertama. ^_^. aku sebenarnya kesian kat dorang tu sebab hari pertama sampai Labuan, aku catu makanan dorang. that mean dorang makan guna duit sendiri. bukan apa, aku takut duit tu x cukup. so ada baki yang banyak boleh la kita enjoy... ^_^

lepas je shopping coklat kami terus g kfc, teman lupe la alamat kfc tu, tapi dia dekat2 dengan terminal feri di labuan. dekat je, x jauh, boleh nampak dari jeti tu. ^_^. kitorang pun masuk le dalam tu, masuk2 je semua orang tengok. sebab ape? sebab budak2 yang aku bawa ni macam kanak2 rebina. mungkin inilah kali pertama dorang nie masuk kfc. dorang ni ala-ala budak yang nak "chicky meal". maybe dorang excited sebab nak mainan dalam tu. hahaha.. lawak r dorang nie. lagi2 budak yang bernama "SU" ( bukan nama sebenar). ha, ni nak cerite pasal su... su ni aku leh kategorikan slumber badak, budak ni tangan xleh duk diam. ade je y dia nak meraba atau merayap. aku pun heran asal la budak su ni leh jadi macam ni. tangan dia asik nak meraba je kejenye.. ish..ish... pantang lalai je, pasti dia meraba dengan slumber badak. ^_^

selesai je mkan, aku dapat kami ramai2 buat rangka pakcik kfc (macam korang tengok kat atas tu) comey kan pakcik tu ? aku ingatkan idea aku ni dapat tentangan, rupe2nye.. dorang ni join sekaki. hehehe.. kami dengan semangat cuba menyiapkan rangka itu dengan sempurna. dengan keazaman yang tinggi, kami berjaya menyiapkan dan tiba2 ada sesuatu bunyi yang aneh. bunyi tu macam dulang kfc jatuh ke lantai. aduh, malunye.... semua orang dalam restoran tu tengok kami. tapi aku buat slumber ayam je, aku still maintain dengan gaya yang tersendiri sambil menyiapkan rangka pakcik kfc, rupanya su telah menjatuhkan dulang yang ada di blakang aku. kan aku dah cakap dia ni memang pelik. tu mesti gara2 tangan dia yang suke meraba. hahaha.. nasib baik la time tu xde yang buat bunyi kucing.... kalau ada mesti kitorang gelak terbahak2 sampai terkeluar tulang ayam yang kitorang kunyah tu.
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.