Akublogger mengiring


Hurmmm.. rasanya macam dah lama sangat ketam batu tak update entri. Lama sangat sampai ada yang bertanya tentang ketam. Kepada yang bertanya, mengambil berat tentang ketam, aku ucapkan ribuan terima kasih. koranglah follower terbaek!!! yang pernah ketam ada. Semoga blog korang juga bertambah maju. Teruskan mengiring bersama ketam batu k..

Sebenarnya bukan ketam batu tidak mahu mengupdate blog atau buat entri. Tapi di sebabkan kesibukan yang terlalu banyak kerja yang mahu di buat, jadi aktivi blogging terpaksa dibekukan buat sementara waktu. Bagi ketam, "Blogging is my soul" dan "blogging is some part of my life". Kalau tak blogging sebenarnya ketam batu terasa tersangatlah rugi.. Rugi sebab apa...? sebab tidak dapat ikut perkembangan kawan-kawan yang mengiring ke blog ketam.

Ok.. kali ni ketam batu terasa macam mahu explain kenapa ketam batu suka guna keyword "mengiring". Sebenarnya, "mengiring" adalah sama makna dengan "blogwalking". Ketam batu suka "mengiring" ke blog mereka yang meninggalkan jejak. Jadi kalau korang semua mahu ketam batu singgah ke blog korang, korang tinggalkan jejak dengan betul supaya memudahkan ketam untuk mengiring kesana.

Sekarang, apa kaitan "mengiring" dengan "Blogwalking"?. Sebelum tu, ketam batu mahu tanya korang semua pernah tak nampak ketam berjalan lurus..? rasanya belum ada lagi ketam yang jalan dengan lurus. Jadi ketam batu mengunakan keyword "mengiring" bagi menggantikan istilah "blogwalking" ke blog kawan-kawan yang lain. "mengiring" adalah trade mark ketam batu bagi memudahkan bloggers lain untuk mengenalpasti itu adalah jejak si ketam batu.

Aku bloggers mengiring... kenapa ketam "mengiring"..? sebab ketam memang diciptakan untuk mengiring. Ketam batu akan terus mengiring bagi memajukan blog ini. Ketam harapkan sokongan dari korang semua... tanpa korang, siapalah aku si ketam batu..

Terima kasih semua yang sudi mengiring...
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.