Senarai Tugas Arkitek Lanskap Gred J41

Published On :)

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Jabatan Lanskap Negara

Jadual Gaji

P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03


P2T1 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88

P3T1 RM2284.45 – P3T23 RM5306.79



Syarat Lantikan


  • Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik bidang seni bina landskap adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Arkitek Landskap Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan reka bentuk kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan, pengawasan projek, mereka bentuk pelan pembangunan, taman awam, lanskap serta memberi ‘input’ kepada rancangan pelan pembangunan struktur, kertas-kertas mengenai garis panduan dan perancangan serta projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan.
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.