Pelik... itu yang aku dapat katakan untuk time macam ini. Kenapa..? korang tak rasa pelik ke dengan entri aku kali ni. Cuba korang tengok betul-betul tajuk tu..? betul ke semakin busuk semakin terangsang..? Opss...! entri kali ni berbaur 18sx, kalau adik-adik yang tak berkenaan boleh baca entri lain, ok.
Setahu aku, tidak ada seorang pun di dunia ini yang suka dengan bau busuk. Bila melalui tempat pembuangan sampah semua orang pasti secara automatiknya memincit hidung agar bau busuk itu tidak meresap masuk ke rongga-rongga yang akhirnya akn membuatkan korang muntah hijau.
Apatah lagi kalau kita duduk di sebelah manusia yang mempunyai bau ketiak yang hangit, confirm umpat mengumpat akan berlaku setelah dia berlalu dari situ. Jelas tak...? semua orang tak suka dengan bau busuk kan..? tapi kali ni aku terbaca mengenai info ini. jadi aku nak share ngan korang semua "kenapa semakin busuk semakin terangsang".
Terangsang dengan bauan anggota sulit bukan perkara luar biasa, walaupun menghidu bau anggota alat sulit itu perbuatan aneh. Memang biasa untuk manusia mengaitkan anggota sulit dengan najis dan kekotoran.
Sehubungan itu, minda manusia tentu tidak terbuka untuk menghidu baunya kerana tentu bauan itu kurang menyenangkan.
Kajian mengenai bauan mendapati, sesetengah bauan merangsang urat saraf dalam mukosa hidung dan memberi rangsangan kepada otak, seterusnya merangsang sesuatu sistem secara positif. Maka wujud terapi aroma yang menggunakan pendekatan itu.
Kimia tidak berbau yang dikenali sebagai Pheromones dapat membangkitkan perasaan syahwat dan merangsang selera seksual apabila kimia ini dihidu. Perkara ini wujud di kalangan binatang dan jarang dikaitkan dengan manusia.
Bagaimanapun, pakar dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat menyatakan, manusia berkemampuan menghasilkan Pheromones yang dapat merangsang atau mempengaruhi sistem reproduksi dan seksual.
Sesetengah orang, kebetulan bauan dikeluarkan pasangan dapat membangkitkan selera seksual anda untuk melakukan hubungan mengikut nafsu anda.
Keadaan ini lebih terserlah apabila anda lebih selesa dengannya dan dapat menerima bauan yang kurang menyenangkan itu.
Perkara ini tidak berlaku kepada semua manusia. Wanita juga berkemampuan mengalami rangsangan seksual apabila terhidu bau peluh kekasih.
Korang paham tak cerita entri kali ni..? kalau tak paham korang baca lagi sekali ye.. harap-harap lepas tu korang akan paham.
Suka dengan entri kali ni...? kalau suka, jangan malu-malu share atau tweet entri ni pada kawan-kawan korang. Terima kasih mengiring bersama ketam batu.. :)