Ramai orang khususnya kaum perempuan sering merasa terganggu dengan bulu-bulu yang tumbuh di setiap inci badan mereka, khususnya di bagian ketiak. Hal ini kerana bahagian sulit ini mudah terdedah tatkala mereka memakai baju tanpa lengan. Sudah pasti mereka akan mencukur atau mencabutnya agar tidak mengganggu dan merosakkan penampilannya. Keyakinan diri akan terjejas apabila wanita menunjukkan bulu ketiak yang tumbuh bagai bulu-bulu buah rambutan.
Kali ini, aku ingin kongsikan beberapa keping gambar yang bersumberkan pakcik google mengenai gambar-gambar wanita cantik yang menunjukkan bulu ketiaknya dengan begitu yakin. Ia mungkin menjadi isu janggal atau kontra kerana kita sering beranggapan bahawa wanita mempunyai penampilan yang kemas. Menyimpan bulu ketiak bagi golongan wanita adakalanya di anggap kurang manis. Malah dengan bangganya wanita ini menayang bulu ketiaknya dikhalayak ramai bahkan ada diantaranya dengan sengaja memuat naik di laman laman sosial untuk tatapan umum.
Penampilan mereka sememangnya amat melawan arus dimana golongan wanita pada umumnya menginginkan ketiak yang licin tanpa adanya sehelai bulu pun. Rasa lucu juga melihat penampilan mereka ini dengan yakin menunjukkan ketiak yang penuh dengan bulu-bulu walaupun secara lumrahnya setiap orang mempunyai bulu diketiak.