The Power Of Your Smile

Published On :)
Aku tersenyum untuk kamu

Bosan... itu yang aku rasa buat masa ini. Tak tahu nak buat apa. Hobi aku cuma blogging. Dalam masa yang amat membosankan ini, aku mencari satu idea. idea yang boleh aku kongsi kepada semua reader blog aku. Lalu, idea yang datang bagai coklat mencurah-curah keladang gandum.

Senyum... Senyuman manis pengubat hati yang luka. Tapi, macam mana pula dengan senyuman yang tak berapa manis? mungkin senyuman tak manis penambah perisa disebalik kelukaan itu. 

Ok... idea itu datang, idea yang berkaitan dengan senyuman..entri kali ini bertajuk "The Power of Your Smile". Menarik..? aku rasa ia adalah suatu idea yang menarik, tapi aku masih sangsi adakah ia dapat menarik lebih ramai reader blog aku.

Dalam kehidupan aku sebagai seorang pelajar, semestinya aku banyak mengalami pelbagai peristiwa yang mengganggu mood aku setiap hati. Walaubagaimanapun, aku hadapi segalanya dengan senyuman. Ya.. senyuman yang paling manis yang ada pada aku. 

Di kala aku duka dan fikiran kusut masai, aku cuba paksa diri untuk tersenyum. Kadang kala, ia kedengaran tidak masuk akal, namun, ia tidak sukar untuk dicuba dan dipraktikkan.

Aku rasai bibir aku sedang melebarkan senyuman, biar seketika dan katakan dalam minda "AKU GEMBIRA DAN SANGAT BAHAGIA". Perlahan-lahan aku rasakan mood aku berubah dan tekanan yang dialami terasa ringan.

Kemudian, aku gunakan senyuman aku ini untuk menyebarkan kegembiraan. Ke mana sahaka aku pergi, aku lemparkan senyuman aku kepada sesiapa sahaja yang berada disekeliling aku, rakan bilik, jiran-jiran, mahupun mereka yang aku tidak kenali.

Mereka pasti tertarik dengan senyuman aku.. itu yang aku rasai.. Senyuman yang aku pamerkan mampu membuat orang lain turut tersenyum. YES..!!! aku berjaya berkongsoi kegembiraan bersama mereka. Aku akan merasa lebih ceria kerana tubuh aku akan bertindakbalas dengan senyuman aku walaupun ianya palsu.

Aku teruskan senyuman sehingga aku merasakan keasliannya... Selamat Mencuba..!!!
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.