Hari ini dalam sejarah. Sekali lagi UMS terima kunjungan daripada seorang pemimpin agung Malaysia. Namanya cukup gah, seantero dunia mengenalinya. Sebut saja nama beliau, pasti ramai yang mengagumi kebolehan beliau dalam memimpin dan mentadbir negara Malaysia tercinta.
Tun Dr. Mahahtir Mohamad, aku pasti korang juga mengenali tokoh terkemuka ini. Wajahnya yang tenang dan tidak gentar berjaya membukti bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang mempunyai karisma yang cukup tinggi. Bukan itu sahaja, bahkan auranya tetap dirasai walaupun aku berada jauh darinya ketika itu.
Dalam ucapannya, aku dapat melihat cara pemidato hebat ini berucap. Tidak perlu lantang bersuara untuk menarik perhatian hadirin. Suaranya cukup bersahaja, tenang, dan sedikitpun dahinya tidak berkerut. Suaranya yang tenang dan garau itu membuatkan hadirin persona dan memberi tumpuan penuh kepada apa yang beliau cuba sampaikan.
Teringat time dulu2, masa tu skola rendah.. Tun Dr Mahathir bersama
Dato Anwar Ibrahim buat lawatan rasmi ke Felcra Seb Perak (tempat
tinggal aku sekrang). Time tu walaupun aku masih kecil, aku tak lepas
peluang berebut untuk bersalam dengan pemimpin negara. Tapi sayangnya,
time tu aku cuma dapat bersalam dengan Dato Anwar Ibrahim. Dan hari ini
aku sangat gembira sebab dapat bersalaman dengan pemimpin agung
Malaysia...
#pernah terbaca artikel yang bermaksud "jika Dr mahathir dilahirkan sebagai warga negara jepun, maka jepun akan lebih maju 20 tahun kehadapan pada waktu ini" Beliau memang layak digelar sbgai "BAPA PEMODENAN" Malaysia...
#pernah terbaca artikel yang bermaksud "jika Dr mahathir dilahirkan sebagai warga negara jepun, maka jepun akan lebih maju 20 tahun kehadapan pada waktu ini" Beliau memang layak digelar sbgai "BAPA PEMODENAN" Malaysia...
AKU KAGUM DENGAN INSAN BERNAMA TUN DR MAHATDIR MOHAMAD
Tun Dr Mahathir sedang menyampaikan syarahan
Syarahan beliau membutikan beliau seorang pemikir hebat dan berpandangan jauh
Aku si ketam batu sempat bergambar
Senyuman ini cukup membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin berjiwa rakyat, seorang pemimpin yang berkarisma tinggi, disegani oleh semua pengikutnya dan dihormati setiap lapisan masyarakat. Beliau adalah "BAPA PEMODENAN MALAYSIA"