|
Peserta Bengkel Kepekaan Gender 2012 |
Ternyata aku masih penat... namun kepenatan itu bukan alasan untuk aku bersenang lenang. Ada pujangga yang mengatakan kejayaan masa depan harus dibeli pada masa sekarang. Apa yang cuba disampaikan ialah jika kita mahu berjaya pada masa depan, kita perlu berusaha mulai saat ini. Kejayaan bukanlah suatu jalan yang mudah, untuk mencapai sebuah kejayaan pelbagai liku harus kita lalui. Itu pendapat aku, pendapat si ketam batu yang sering berjalan secara mengiring.
How about your opinion.. ? aku percaya, kamu juga mempunyai persepsi. maybe ianya ditafsir melalui penilaian yang berbeza.
Pada 11-13 mei yang lalu, aku telah mengikut sebuah bengkel. Pada aku, bengkel ini sangat bermanfaat dan sekarang aku lebih mengerti mengapa tuhan menginginkan aku pergi ke bengkel ini daripada aku duduk di bilik untuk menyiapkan "assigment" yang hanya untuk mengutip cebisan markah peperiksaan.
Pengalaman... Ya! pengalaman. itu yang tuhan ingin berikan kepada aku dan aku sangat hargai pengalaman itu. Pengalaman itu sangat bermakna bagi aku kerana dengan adanya pengalaman kita dapat belajar untuk melakukan kesilapan yang sama. Banyak yang kita dapat perbaiki dalam diri kita sekiranya kita mempunyai pengalaman.
Bercakap tentang pengalaman, aku sememangnya tidak akan melupakan pengalaman yangtelah aku peroleh selama 3 hari 2 malam ini. Sungguh...! ianya akan kekal dalam kotak fikiran aku si ketam batu.
|
Perbincangan dalam kumpulan |
Secara ringkasnya, bagaimana aku dapat menyertai program ini..?
Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) telah berhubung dengan semua IPTA/IPTS yang ada di sabah dan salah satunya UMS. MPWS terus berhubung dgn
bahgian kaunseling & bimbingan kerjaya UMS (BKBK). Pegawai BKBK
mengenali aku sebagai president kelab penyayangtelah menjemput aku untuk menghadiri bengkel ini.
Seperti biasa, telah menjadi tugas aku si ketam batu untuk mencari sesiapa
saja yang berminat menyertai program. Inilah permulaannya bagaimana aku boleh terlibat menyertai program ini. sekali pun aku tidak akan menyesal sebab aku tahu program ini sangat bermanfaat buat aku.
Ok.. Aku tidak berniat untuk berceloteh panjang. Sambungan entri ini akan aku teruskan pada masa akan datang. Insya Allah... semoga Allah memberi kesempatan pada aku untuk terus menaip bagi berkongsi segala pengalaman yang telah aku perolehi.
Jom mengiring tengok sedikit gambar-gambar sewaktu bengkel kepekaan gender 2012...
|
Ini Adalah Ahli Kumpulan BAH..!!! |
|
|
Penyampaian modul oleh Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor |
|
Pembentangan oleh Rakan Peserta Bengkel |
|
Pembentangan oleh Rakan Peserta Bengkel |
|
Pembentangan Oleh rakan Peserta Bengkel |
|
Pembentangan oleh rakan Peserta Bengkel |
|
Peserta berkumpul mendengar pembentangan ahli kumpulan lain |
|
Sesi Perbincangan |
|
Pembentangan analisis SWOT oleh penghulu bengkel |
|
Pengulu bengkel menyampaikan ucapan penghargaan |
|
Perasmian oleh Datuk Hajah Mariati Robert |
|
VVIP jemputan Perasmian oleh Datuk Hajah Mariati Robert |
Terima kasih sudi mengiring bersama aku si ketam batu... Love you all..
This is one of your favourite? Just do like your own..
Click here.. Maybe its for you.
Artikel terkait :