Betul ke orang cakap lelaki hisap rokok ni "macho", "hensem" dan "kacak"? macam mana dengan "gurl" yang merokok? Agaknya perempuan yang merokok mesti dorang anggap "cantik", "bergaya" dan "seksi".. aku agak je.. aku pun xtau sebenarnya. bagi aku, macho atau bergaya tu bukan terletak pada rokok tapi cara penampilan kamu sendiri. kalau pakaian kamu tidak kemas dan serabai kamu tetap dianggap tidak macho atau tidak bergaya. pelik.. asal merokok je dorang cakap macho... apesal aku yang tak merokok ni "still" macho.. lebih macho dari korang. hahaha.. jangan marah aaa... ini blog ketam batu, so aku bleh taip apa y aku suka... bukan apa yang korang suka.. ok, full stop!
Kali ni aku nak kongsi tips dengan kamu semua tips bagaimana nak berhenti merokok... skrang ni rokok pun dah mahal...kalau kamu hisap sehari 2 kotak, kamu kira sendiri brapa yang kamu bayar.. tu baru sehari, kemudian darab dengan 30 hari.. brapa banyak yang korang bayar untuk bakar rokok yang korang hisap tu.. kalau dikumpul, duit tu boleh buat korang jadi kaya raya... silap ari bulan boleh kawen 2.. hehehe... ok.. teruskan pembacaan di bawah.. berikut tips-tips yang boleh digunapakai untuk berhenti merokok... try it...
1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga.
2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.
3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.