Google+ Followers

salahkah aku mencintai mu...

Published On :)
seribu kenangan terindah
aku sendiri tidak pasti dari mana perasaan itu datang, perasaan yang sangat indah, seindah pelangi di pagi hari. perasaan yang tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata. hanya mampu ku bayangkan betapa indahnya perasaan itu. perasaan yang membuatkan aku tersenyum tanpa aku sedari, rasa itu membuatkan aku seperti insan yang sangat dihargai, dan seperti aku adalah insan yang paling bahagia di dunia ini.

tapi... rasa itu hanya seketika cuma, hadirnya seperti pelangi.. datang hanya seketika dan pergi tanpa kita sedari. begitu pantas masa berlalu dan cemburu melihat aku bahagia. aku tidak mampu tersenyum lagi, senyumanku tidak semanis dulu dan kini ianya menjadi racun dalam diri ku.

kau yang ku idamkan, dan kau jualah yang ku impikan. hanya kau yang aku sayangi, hanya kau yang aku kasihi. apakah kau tidak mengerti apa yang aku rasai? apakah kau tidak mengerti kesungguhan diriku ini? bagaimana caranya aku untuk membuktikan keikhlasan ini padamu? oh.. tuhan, kau permudahkanlah urusan hamba mu ini.

jika itu kemahuan mu, aku tidak berdaya untuk menghalang. aku tidak mampu mengubah isi hati mu. mungkin, mencintaimu bukanlah perkara terbaik untuk ku. dan mungkin juga aku bukanlah yang terbaik untuk kamu. aku akur... aku redha dan aku pasrah dengan ketentuan Illahi, aku mengalah bukan bererti aku kalah, aku mengalah agar kau tahu betapa tulusnya cintaku padamu...

aku tidak memaksa kamu untuk mencintai aku, aku tidak juga memaksa kamu untuk menyayangi aku, cuma yang aku pinta hanyalah ruang dan peluang yang bisa aku singgahi dilubuk hati sanubari mu... 

"salahkah aku mencintai mu...?"


Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.