Google+ Followers

Amaran ! Untuk budak melayu

Published On :)

Entri kali ni khas buat budak-budak melayu yang kurang ajar. Patut ke aku cakap macam tu? ermmm.... rasanya tak patut kot sebab budak cina dan india pun ada jugak yang kurang ajar. Tapi dorang kalau mengutuk budak melayu dorang cakap dalam bahasa dorang. Yang budak melayu mana la paham bahasa mandarin dan bahasa tamil. So budak melayu sedar-sedarlah... Jangan asyik nak merempit. Jangan jadi jaguh kampung. Gaduh melayu sama melayu nak buat ape ??? Ape pun tak buleh...

Sebaiknya, kita kan duduk dalam satu negara. So, bersatu padulah.. memang susah. Tapi kita boleh buat yang terbaik untuk negara kita. Jangan asyik nak kutuk-mengutuk, jangan asyik nak jatuh menjatuh. Orang cakap sedangkan adik beradik pun boleh bergaduh, Yea... aku tau. Tapi buat apa kita nak bergaduh sesama sendiri. sape pun tak dapat manfaatnya. Yang dapat hanya sakit dan malu. Lebih baik kita bersaing untuk mencapai kejayaan yang pastinya dapat mengembirakan semua pihak.

Lagi satu hal, bile aku masuk panggung wayang, budak-budak melayu ni macam ayam jantan baru akil baligh. Aku tau la tu hak korang, kubur kite lain-lain lubang. Lantak kau lah kau nak berkepit ke nak ape ke. Tapi kawal-kawal la ape yang korang buat tu. Adui... "kemaluan" korang xde ke? atau korang xde "kemaluan" ? Sedih tengok anak bangsa umur belasan tahun duk ngikut budaya barat. tercium sana, tercium sini, terkangkang sana, terkangkang sini. Budak baru nak "up" kita kena kawal supaya dorang tak semakin melampau. Kalau dah melampau sangat "lebam bijik mata kau" (ayat johan).

Yang penting, Korang tak payah nak buat aksi kat dalam panggung wayang tu. Orang datang nak tengok wayang berbayar bukan wayang "free" yang xde director yang korang lakonkan tu.

Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.