Mak Ayah terhebat |
Hidup ini sangat indah... Syukur Alhamdulillah sebab "Sang Pencinta" izinkan aku untuk lahir ke atas muka bumi ini. Aku juga bersyukur sebab aku dilahirkan sebagai manusia, manusia yang cukup sifat dan sempurna walaupun aku belum cukup sempurnya untuk berada disisi-Nya. Syukur Alhamdulillah...
Kini, Usia aku genap 23 tahun ( 24 june 1988 ). First aku nak ucap TERIMA KASIH banyak-banyak pada mak dan ayah yang telah membesarkan aku selama ini. Tanpa mereka aku mungkin tidak berpeluang untuk melihat dunia yang penuh warna-warni. Dunia yang lebih cantik dari pelangi dan tiada yang paling indah selain ini.
Bagi aku, mak dan ayah akulah orang yang paling hebat dalam dunia sebab tanpa mereka berdua aku tidak akan terhasil dan tidak dapat merasai betapa indahnya dunia ciptaan tuhan. Syabas dan Tahniah buat mak ayah aku. Korang tolong doakan mak ayah aku panjang umur dan mendapat kesejahteraan di dunia dan di akhirat yea... amin. Thanks... Sayang korang, tapi aku lebih sayang mak dan ayah aku. LOL....
Aku semakin matang... semakin hari aku semakin matang. Selama aku hidup 23 tahun, banyak yang telah aku pelajari. seawal usia setahun aku telah cuma merangkak, bertatih, berjalan bercakap dan sehingga sekranglah aku masih belajar di sebuah universiti yang terkemuka di malaysia. Terima kasih sekali lagi kepada "sang pencipta" kerna bagi aku peluang untuk pelajari banyak benda dalam hidup ini. Hidup hanya sekali, manfaatkan ia dengan sepenuhnya.
Aku janji dengan diri aku, aku akan buat yang terbaik dalam hidup ini... Tiada yang lebih baik melainkan yang terbaik.. Aku yakin aku mampu lakukan yang terbaik. aku tidak mahu hampakan mak dan ayah aku. Itu janji aku...
Selamat Ulang Tahun yang Ke-23 ketam batu...
Hafizan Malik a.k.a Ketam Batu |
Yang terindah...