Aku jumpa time google |
Betul ke teori di atas ni? kalau yang bergelar perempuan, pasti dorang tak setuju dengan teori ni. Tapi kalau dia lelaki, aku yakin 3/4 lelaki cakap perempuan ni betul-betul masalah kepada lelaki. ( tapi aku tak cakap macam tu k ).
Sebenarnya aku bukan nak mendiskriminasikan kaum perempuan, tapi zaman skarang ni dah terbukti yang perempuan memerlukan masa dan yang yang lebih berbanding lelaki. So, kepada semua lelaki sahutlah cabaran ini dan berkerja keras untuk mencari pendapatan yang lumayan agar "GF" dan bakal "wife" korang tak merana dek sebab korang takda pendapatan yang tetap. (renung-renungkan)
Korang agak-agak betul ke apa yang aku cakap tu?
Skrang aku nak "share" pendapat kenapa aku cakap macam tu. Kiranya penyataan aku ada asas, bukan main tembak.. Aku kan blaja Sosiologi, so apa yang berkaitan dengan tingkah laku manusia menjadi perhatian aku.
First, perempuan memang memerlukan masa dan wang yang lebih berbanding lelaki, sebab apa? aku nak tanya pendapat lelaki. Korang pernah tak tunggu sampai 2 jam untuk pergi "berdating" ngan awek korang? hehehe... that why, dulu time aku "kapel" kalau janji nak g "dating" aku awalkan sejam waktu untuk berjumpa. Korang tak leh salahkan perempuan, dah memang lumrah dan tabii dia macam tu. Bila perempuan nak kuar rumah mesti ambil masa yang lama untuk bersiap dan berwangi-wangi. Karang kalau dia kuar rumah bau busuk macam telur tembelang korang marah pulak. And than sampai ati korang cakap kat minah tu, "Awak dah mandi ke belum?" kesian kat dia...
Second, sebab apa aku cakap perempuan perlukan wang yang lebih berbanding lelaki? ala... korang ni, tak kan tu pun tak tau. kalau lelaki pakai 3 benda ( seluar, baju dan spender ), perempuan dah sah lebih. Opss..... kan dah terlepas. tu baru satu "part", And than korang kena paham yang dorang perlukan duit untuk beli "benda tu" tiap-tiap bulan. Lelaki kalau beli pelik.... melainkan dia beli untuk " wife" tercinta. Apapun sebab dorang, itu adalah anugerah tuhan kepada kaun hawa. bak kata orang, wanita adalah perhiasan yang paling cantik di atas muka bumi ini. Dengan kata lain, perempuan sangat bertuah sebab mereka adalah penghias dunia yang fana ini.
( tapi aku lebih bersyukur dilahirkan sebagai lelaki )
"Actually" kalau korang pandai "handle", perempuan bukanlah masalah kepada korang. Sebaliknya wanita adalah anugerah yang tidak ternilai untuk kaum adam. Hargailah mereka dengan penuh kasih sayang....