Google+ Followers

Senyuman itu

Published On :)
Saat-saat indah itu...

Awak... awak ingat lagi tak time tu ? Ha... mesti awak dah lupa kan ? ala... hari tu kan kita sama-sama tengak sunset. cantik kan awak... tapi awak lagi cantik. Tatkala ayat itu keluar dari mulut saya, awak terus tersenyum malu. Tapi saya tau awak suka dengan pujian saya tu... Awak pun terus tersenyum. Saya suka senyuman awak.


Awak... muka awak dah merah sebab saya cakap awak lebih cantik dari sunset. Jom kita jalan-jalan di tepi pantai, sambil tu kita boleh main air laut. Awak... Awak nak tau tak? masa tu saya rasa sayalah orang yang paling bertuah. Awak nak tau sebab apa? sebab... saya ada awak time tu, awak sudi keluar dengan saya dan awak telah mengembirakan hati saya. Yang paling penting saya suka senyuman awak.. so sweet... more than sugar cane...

Saya ingat lagi, masa kita jalan-jalan tepi pantai... Saya ketawa keriangan melihat telatah awak yang seperti kebudak-budakan. Awak... awak ingat lagi tak time tu awak tangkap anak ketam . Awak ingat x? Seronok bukan time tu ? Anak ketam tu lari laju walaupun dia jalan mengiring tapi awak tetap dapat tangkap. ada juga anak ketam yang awak pijak.. awak jahat...! sampai hati bunuh anak ketam tu... Tapi kita masih tetap tersenyum bukan ?

Awak, saya rindukan awak. Saya rindukan saat-saat terindah kita bersama. Setiap kali awak hadir dalam fikiran dan setiap itulah hati rasa mula sayu. 

Awak... saya rindukan senyuman awak. Senyuman yang paling manis pernah saya jumpa dalam hidup ini.

"Awak... awak ingat tak lagi waktu kita jalan-jalan di tepi pantai ? seronok kan time tu... bila awak tersenyum, saya pasti akan tersenyum melihat senyuman awak yang manis. mata saya terpesona melihat senyuman awak. saya rindukan senyuman awak.. senyuman yang penuh dengan keceriaan."

Awak.... saya rindukan senyuman itu......
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.