Google+ Followers

Ayat yang biasa kita dengar ketika bulan puasa

Published On :)

Pejam celik..pejam celik dah nak masuk pertengahan ramadhan.. Alhamdulillah, buat masa ini ketam batu masih lagi berpuasa penuh. Yeayyy...!!! Melompat kejap.. Ok, sambung balik.. Kali ini ketam batunak buat entri " Ayat yang Biasa kita dengar ketika bulan puasa ". Ayat-ayat ni biasa digunakan oleh kapel-kapel yang ada di seluruh Malaysia. Mungkin juga di seluruh dunia.

Ok.. Ketam batu tak banyak masa hari ni sebab kejap lagi nak pegi meniaga di bazar ramadhan.Teruskan mengiring bersama ketam batu untuk mengetahui ayat-ayat yang biasa kita dengar ketika bulan puasa...

1. Awak..Bangun awak, jap lagi nak sahur. Jangan lupa gosok gigi sebelum sahur yea sayang...

2. Awak... Tadi sahur awak makan apa..? Sedap tak..? ada suap untuk sayang tak..?

3. Awak... lepas sahur jangan lupa baca niat puasa yer. Kalau boleh bacakan niat untuk saya sekali yer..

4. Awak... Masih awal pagi ni, awak wat pe tu? curik-curik minum kat dapur ea?

5. Awak... selamat tengahari. Jangan curi-curi intai nasi dalam rice cooker ea sayang.

6. Awak... dah petang ni, awak tak keluar ke bazar ke? Nanti jangan lupe belikan saya kuih ea..

7. Awak... selamat berbuka puasa sayang. Makan kenyang-kenyang ea sayang, biar cepat gemuk.

8. Awak... malam ni awak pergi terwaih tak..? lepas terawih kita sambung mesej yer. Saya rindu awaklah..

9. Awak... dah balik terawih ke? Tadi awak buat berapa rakaat..?

10. Awak... Nak tidur jangan lupa baca niat yer. Nanti sahur saya kejutkan Awak.. Gud nite Sayang..

Ini adalah contoh ayat-ayat yang lazim digunakan oleh kapel-kapel sempena bulan puasa... Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat yang biasa digunakan, Disebabkan ketam batu tak punya banyak masa petang ni, ketam batu sempat list 10 ayat jer. Kalau ada masa lapang lagi ketam batu akan list ayat yang seterusnya... Insya-Allah...

Sekian...
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.