Google+ Followers

Pantang larang masuk hutan

Published On :)
carian google
Korang semua penah masuh hutan tak..? mesti pernah kan? ketam batu selalu jugak masuh hutan.. tu pun dulu, time skola menengah.. Al maklumlah, time tu ketam batu aktif dengan perkhemahan pengakap. So hutan tu ibarat rumah kedua ketam batu. kalau korang belum pernah masuk hutan, ketam syorkan korang cepat-cepat pegi masuk. Tapi... kalau korang masuk hutan, korang jangan pulak buat benda-benda tak senonoh tu.. Sendiri mau ingat aa.. Nanti tak pasal-pasal ada benda yang "join" sekaki.

Dalam hutan, kita sedia maklum memang banyak binatang buas. Sebab itulah kita mesti berhati-hati agar tidak menganggu hidupan di dalam hutan. Tapi ketam batu bukan nak cerita tentang binantang buas, ketam batu nak cerita tentang 'mahkluk halus' yang tinggal di dalam hutan. Korang semua percaya pada hantu tak...? Dalam hal macam ni, ketam batu sendiri takde jawapan. Tapi bak kata orang mencegah itu lebih baik daripada merawat. betul tak..?

Ok.. ketam batu takmau berceloteh panjang... teruskan mengiring bersama ketam batu untuk mengetahui pentang larang ketika di dalam hutan..

  1. Jika korang tersesat di dalam hutan, jangan tidur di tepi sungai. takut-takut nanti di makan hantu.
  2. Dilarang pegang pokok merah sebab nanti badan korang akan merasa gatal.
  3. Jika tersesat didalam hutan, orang tua-tua cakap jangan tidur di atas pokok sebab nanti takut dilapah hantu
  4. Dilarang bercakap besar ketika didalam hutan, nanti kemungkinan korang akan di timpa bencana.
  5. Pantang bersiul di hutan, takut nanti di sambar langsuir.
  6. Jangan melaung di tengah hutan, takut nanti disahut hantu.
  7. Jika terdengar sahutan di dalam hutan, jangan di jawab. Khuatir itu adalah suara hantu.
  8. Jangan mengambil batu atau benda-benda ganjil di hutan, takut "barang" tersebut berpenunggu.
  9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil di hutan., takut nanti dirasuk hantu atau ditimpa malang.
Kalau masuk hutan, ketam batu selalu amalan kan pantang larang tersebut. Alhamdulillah... buat masa ini belum pernah di ganggu oleh penghuni lain..

Sekian...
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.