Pandangan blogger mengenai penulisan blog.

Published On :)
pinjam dari GOOGLE

Malam ni "syok" macam ni memang best kalau kite ambil kesempatan untuk "mengiring", dengan kata lain "singgah" atau yang paling kita biasa guna ialah "blogwalking". Apa Bestnya semua tuh? Orang lain jam 12 malam dah masuk tidur, tapi blogger masih menulis blog sampai jam 3 atau 4 pagi. Korang rasa sebab apa korang menjadi penulis blog?

Ada sesetengah orang cakap, "blogwalking" dapat tambah kenalan. Yerp.. memang betul.. kalau kita rajin "mengiring" atau singgah ke blog kawan-kawan yang lain, memang kita dapat ramai kawan. Macam-macam kawan yang kita boleh jumpa. Sebabnya, dalam dunia blogging tersangatlah ramai blogger yang inginkan "FOLLOWER" yang ramai. Jangan tanya Mr ketam kenapa perlu ramai "FOLLOWER". Mr ketam yakin korang lebih arif tentang itu.

Bagi sesetengah orang pulak cakap, menulis blog dapat meluahkan perasaan yang sedang dialami oleh blogger tersebut. Sebab tu kalau kita rajin "mengiring" ke blog kawan-kawan, kita boleh baca banyak entri yang berkaitan dengan hati. Ada yang meluahkan rasa cinta, ada yang meluahkan rasa benci, dan ada jugak yang meluahkan rasa rindu. Semua tu bergantung mengikut situasi dan emosi blogger tersebut. Biasanya blogger perempuan yang selalu buat luahan perasaan, lelaki ada jugak... tapi kurang.

Ada jugak yang cakap dia menulis blog sebab itu adalah hobi atau aktiviti kegemaran blogger tersebut. Dalam dunia nia macam-macam hobi yang ada. Mr ketam rasa tak salah kalau kita ada hobi yang pelik-pelik. Opsss... Mr ketam tak cakap menulis blog adalah aktiviti pelik. korang jangan salah sangka k.. Kalau yang betul-betul minat dengan menulis blog, teruskan usaha anda. Manalah tahu, satu hari nanti korang boleh jadi antara blogger yang terkenal di Malaysia.

Dan.. ada jugak yang cakap menulis blog boleh menambah pendapatan sampingan. Mr ketam rasa ramai yang tak tahu tentang ni. Menulis blog juga adalah suatu kerjaya yang boleh mendatangkan pendapatn sampingan. Mr. ketam nak tanya korang, dalam 50 blog yang korang singgah, berapa blog yang takde iklan Nuffnang atah churp-churp? Boleh dikatakan 90% blog yang korang singgah mesti ada iklan nuffang atau iklan churp-churp. Betul tak? Jangan terkejut kalau pendapatan hasil daripada menulis blog boleh mencecah RM3000 sebulan. Jumlah tu kecil je kan... Apalah yang best sangat kalau dapat RM3000, FREE pulak tu.

Bagi Mr ketam, Apa pun niat korang semua dalam dunia penulisan blog, korang tetapkan niat. Yang penting kita semua ikhlas disamping mencari keredhaan-Nya. Kalau dah berjaya dalam penulisan blog, jangan lupa Mr. ketam k.. Kalau jumpa tepi jalan tu tegur-tegurlah.. Paling tidak pun berikan senyuman yang paling manis. Tak rugi kalau kita bagi senyuman pada orang lain.

Sekian..
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.