Google+ Followers

Saya nak ubat kentut

Published On :)
Urmm... ketam batu tak tau nak mula dari mana, kisah ni berlaku minggu lepas.. Masa tu mr ketam pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat. Eh.. eh... bukan ketam batu yang sakit. Tapi adik ketam yang tak berapa sihat. So ketam bawalah dia pergi ke klinik.

Time kami perhi klinik tu orang dah ramai... adalah dalam 20 orang yang sedang menunggu termasuk ketam batu dan adik. Lepas jer buat pendaftaran, kami pun duduk di bangku yang telah di sediakan oleh pihak klinik, Sambil kami duduk tengok tv, kami terdengar perbualan seorang pakcik dan doktor...

Kalau korang nak tau... teruskan mengiring... 



Doktor : Assalammualaikum pakcik... Apa khabar..?

Pakcik : Waalaikummusalam doktor, Khabarnya kurang baik, sebab tu saya datang jumpa doktor..

Doktor : ( tersengih-sengih malu ) Ye lah.. yang datang jumpa doktor semuanya yang kurang sihat. Boleh saya tahu pakcik ni sakit apa..?

Pakcik : Macam ni doktor... saya ni sihat, cuma tak boleh nak kentut. Ubat kentut ada tak doktor..?

Doktor : ( sambil mengerut dahi ) Ubat kentut yang macam mana pakcik maksudkan..?

Pakcik : Saya ni dah 3 4 hari takmau berak.. Jadi saya nak ubat kentut sebabnya nak buang angin bagi senang "benda" tu keluar.

Doktor : Ooo... saya paham.. Macam ni lah pakcik, nanti balik pakcik makan buah betik yer...

Pakcik : saya tak boleh makan betik doktor..

Doktor : Kenapa..?

Pakcik : Sebab saya ada kencing manis...
( sebenarnya ketam batu pun tak tau ape kaitan kencing manic dengan betik )

Doktor : Kalau macam tu pakcik cuba makan sayuran.

Pakcik : Sayur apa yang pakcik kene makan?

Doktor : Pakcik makan kacang bendi.. bagus untuk pakcik.

Pakcik : Er... Kalau doktor nak tau, sebab makan kacang bendilah saya tak boleh berak..

Doktor : Er.. er.. er.. ( terdiam )

Kami yang duk kat luar tu semua pakat gelak... termasuklah nurse yang jaga kaunter pendaftaran. Confirm lepas ni doktor tu mesti fikir 3 4 kali sebelum tanya soalan kat pesakit dia.

Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.