Jangan merendah diri

Published On :)

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Janganlah kamu berasa rendah diri dan bersedih, kamulah yang paling tinggi (martabatnya) sekiranya kamu seorang yang beriman."
(surah Al-Imran 3:139)

Dalam hidup ini, terdapat ramai orang yang berasa amat rendah diri bila berhadapan dengan pihak atau orang tertentu sehingga mengia-iakan segala yang dibicarakan oleh orang tersebut sama ada ianya betul atau tidak.

Terdapat juga orang yang bersedih dengan keadaan yang dilalui dalam hidup yang serba kekurangan.

Dalam ayat yang disebut di atas, Allah memberi motivasi kepada orang yang seumpamaini agar tidak bersedih dan berasa rendah diri jika kita adalah seorang yang beriman iaitu orang yang beriman atau percaya kepada Allah, Rasul, Kitab Al- Quran dan sebagainya.

Oleh itu, jangan berasa rendah diri terutamanya apabila berhadapan dengan orang yang tidak beriman.


Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.